Ads Top

Lelaki Dan Perempuan Itu Sedang Suap Menyuap Makan Manja Tetapi Perempuan Itu Tunang Saya

Dalam tempoh bertunang, banyak ujian yang mendatang dan jika gagal menempuhinya, pasti akan kecundang di tengah jalan yang menyebabkan pasangan kecewa, menderita dan akhirnya tertutup pintu hati untuk mempercayai mana-mana insan yang berhasrat memilikinya.

Kisah kecurangan yang viral di Twitter @TanSriKadir ini benar-benar membuatkan netizen terasa dan faham akan perasan si lelaki yang ternampak tunangnya sedang bermesra dengan lelaki lain di sebuah kedai makan. Sedangkan dia berusaha untuk membahagiakan gadis itu biarpun dirinya terpaksa berlapar di kemudian hari.

Walaupun hati membara menahan kemarahan, dia masih mampu mengawalnya dan tidak mengambil sebarang tindakan di luar batasan. Semoga beliau diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan ini. TADI aku pergi bank dan disapa orang seorang mamat ini dengan mukanya yang bengang. Tetapi mamat itu nampak chill saja. “Bang, minta tolong boleh ke?” dia tanya. “InsyaAllah, apa dia?” aku jawab. Dia pun hulur pada aku satu plastik kecil dan di dalamnya ada satu tupperware. Aku check dalam tupperware itu ada apa dan aku noticed ada kway teow goreng.

Asal dengan makanan ini?” aku tanya dan assumed dia minta aku tolong buang ke apa kan? Rupanya tidak. “Abang nampak tak awek yang pakai baju hijau muda di kedai makan itu?” “Berdua dengan lelaki berbaju putih itu ke?” “Ya bang.”

Haa, ye nampak. Asal?” tanyaku “Itu tunang saya.” Brader itu pun sambung lagi, “Saya tanya dia dah lunch ke belum. Dia kata belum. Saya masaklah mee ini untuk dia. Sampai saja nak naik office dia, perasan dia tengah suap nasi di mulut jantan itu.” Kemudian aku tanya dia nak aku buat apa dengan mee itu?

Manalah tahu dia nak suruh aku bagi pada perempuan itu ke apa kan. Katanya dia bagi dan ikut aku nak buat apa dengan mee itu asalkan jangan dibuang sebab modal dia beli barang untuk buat itu menggunakan saki baki gajinya bulan ini. Aku sebak gila doe time ni. Muka brader itu tak handsome pun tapi bila dia kena camni, bapak kesian.

Weh, korang yang perempuan asal perangai macam ini eh? Mulut sedap cop lelaki playboy, curang semua, kaum kau buat perangai camni kau tutup mata? Dah bertunang, buat cara dah bertunang bai. Kau menyundal dengan jantan lain di belakang tunang kau, kau ingat lelaki ini tak ada hati dan perasaan ke?

Bila lelaki maki hamun kau, mulalah kau cakap lelaki ini mulut jahat apa bana semua. Tapi kau sedar tak benda yang kau buat ini sakit yakmat? Weh, kau memang tak ada hati perut! Aku pandang lama masa brader itu bercakap dengan aku. Aku boleh baca air muka dia yang dia memang kecewa level haa level em aku malas cakap tapi dia memang upset gila tadi.

To those yang dah bertunang itu aku minta sangat weh! Tolonglah hargai tunang masing-masing. Susah sangat ke? Gaduh, kadang-kadang sampai tawar hati itu benda biasa. Dah nama pun ujian bertunang. Cuba push sikit diri itu untuk setia.

Kau kena ingat, dunia ini berpusing. Hari ini kau buat kat orang, esok lusa orang buat kat kau pula. Kalau tak kena pada kau, esok lusa kau akan berkahwin, akan ada anak. Allah balas pada anak-anak kau pula, kau nak ke? Sebab itu kifarah ini jangan dibuat main.

Aku harap sangat Allah kurniakan kekuatan kepada brader tadi. Aku tahu apa yang dia tengah harap ini sakit, memang sakit. Aku dengar pun panas hati. Ini pula dia yang mengalaminya. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Aku harap aku dijauhkan dari manusia yang tidak pandai bersyukur ini. Aamin.

Sumber: @TanSriKadir

Bila Kau Dah Bergelar Tunang Orang, Sila Jangan Layan Orang Lain..

Bagi mereka yang bakal bertunang, satu je nasihat orang tua-tua. Jangan bertunang terlalu lama kerana dunia bertunang ni terlampau banyak dugaannya. Apatah lagi bagi pasangan yang berjauhan. Bila berjauhan, kena ada kepercayaan yang tinggi dalam diri. Kalau ada syak wasangka dan curiga, gaduh sikit terus nak putuskan hubungan pertunangan. Padahal bukan ada orang ketiga pun, tapi ada makhluk ketiga. Berikut merupakan cabaran-cabaran besar yang kebisaannya dilalui oleh mereka yang sedang bertunang.

1. Permainan Syaitan. Kepada mereka yang sudah bertunang @ sudah cop wanita itu untuk menghalalkannya. Kata seorang guru:Apabila kamu bertunang dengan istisyarah atau istikharah, kemudian kamu di uji dengan wanita lain yang lebih dilihat lebih baik, itu tandanya tunangan kamu itu yang terbaik. Ini kerana syaitan sedang mengada adakan keburukannya agar pernikahan kamu terbatal. Maka tatkala akad nikah sempurna, hilanglah fitnah syaitan, bahagialah rumah tanggamu.

Manakala kebiasaan pada perhubungan secara tidak baik, pasangan akan sentiasa dihias oleh syaitan, lantas dia tidak dapat melihat keburukan pasangannya. Maka tatkala lafaz akad nikah sempurna, hilanglah hiasan syaitan, maka terdedahlah satu persatu aib, lalu berlakulah perceraian dan sebagainya.

2. Berdosa Ganggu Tunangan Orang! Jika sudah cop wanita itu untuk menghalalkannya dan kedua dua setuju berserta seorang saksi dikira tunang secara Islam cumanya adat Melayu menyarungkan cincin buat pihak perempuan itu yang menampakkan ia lebih jelas dan lebih hormat dan status jika dia sudah menjadi tunang orang tidak boleh diganggu. Hukumnya haram.

3. Jangan Terlalu Melayan Yang Lain! Jika sudah mempunyai calon, jangan terlalu melayan yang lain. Bimbang, dalam senyap ada yang menyimpan perasaan dan harapan walau sekadar sahabat baik. Bila da memilih bakal pasangan, hentikanlah pencarian, tundukkanlah pandangan dan lakukan istikharah berterusan. Apapun manusia merancang, ALLAH merancang, sebaik baik perancang itu ALLAH SWT. Jadi, janganlah bertunang terlalu lama. Percepatkanlah kepada perkahwinan. InsyaALLAH moga di redhai ALLAH selalu. Sepanjang menuju ke alam perkahwinan.

SUMBER : Edisi Media

Kredit:EMpireMediaNetwork




No comments:

Powered by Blogger.