Ads Top

Cabaran Berfungsi Untuk Mempersiapkan Anda Ke Tahap Seterusnya

(Video di atas telah disampaikan oleh Mufti Menk, dibawakan oleh TheDailyReminder)

Semua orang mengetahui bahawa hidup ini penuh dengan ujian. Setiap tahap umur kita, kita akan berhadapan dengan cabaran yang berbeza – semakin sukar dan sukar.

Sama juga dalam urusan agama, semakin lama kita hidup, semakin banyak dan pelbagai cabaran yang akan kita jumpa dalam mendekatkan diri kepada Allah. Allah berkata:

“Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin”

Walau apa pun keadaan yang sedang ditempuh, taat dan patuhlah kepada Allah sehingga datang ketetapan, sehingga ke penghujung hayat kita. Jadilah seorang manusia yang lebih kuat hari demi hari.

Ada orang yang beribadah sepanjang hidupnya, namun di penghujung hayatnya dia berputus asa, lalu dicampakkan ke dalam api neraka.

Ada pula orang yang banyak melakukan dosa, namun di penghujung hayatnya dia mendapat hidayah dan bertaubat, dan akhirnya dimasukkan ke dalam syurga.

Hakikatnya, kita tidak tahu sejauh mana diri kita dengan kejayaan. Tetapi apa yang kita tahu, Allah berjanji bahawa orang yang benar-benar berusaha, akan diberi ganjaran yang setimpal. Maka jangan sesekali berputus asa!




No comments:

Powered by Blogger.