Ads Top

Bagaimana ‘Mindfulness’ Boleh Membuat Anda Lebih Gembira Dan Tenang

Islam sentiasa menyarankan kita supaya menjaga kesihatan tubuh badan termasuklah aspek mental dan juga rohani. Jika zikir makanan bagi rohani, maka ‘mindfulness’ boleh dianggap sebagai makanan bagi kesihatan mental.

Mindfulness ialah situasi di mana badan dan minda dalam keadaan sedar tentang apa yang sedang dilakukan pada satu-satu masa. Amalan mindfulness yang telah diasaskan oleh John Kabat Zinn pada 1970 di University of Massachusetts Medical Center semakin lama semakin berkembang dan diamalkan oleh banyak pihak di serata dunia.

Malah sekolah di United Kingdom telah mewujudkan mata pelajaran baru yang mengfokuskan hanya pada aspek mindfulness.

Mindfulness is the basic human ability to be fully present, aware of where we are and what we’re doing, and not overly reactive or overwhelmed by what’s going on around us.

‘Mindfulness’ ialah kemampuan asas seorang manusia untuk sedar sepenuhnya, di mana kita sedang berada dan apa yang sedang dilakukan, dan tidak terlalu reaktif atau terkesan dengan apa yang sedang berlaku di sekeliling.www.mindful.org

Banyak kajian saintifik yang dilakukan terbukti memberikan kesan yang positif kepada pengamalnya seperti kurang beremosi, meningkatkan ketenangan dan fokus, serta rasa puas hati dalam perhubungan. Kajian oleh Zhang pada tahun 2017 keatas pesakit kanser juga mendapati mindfulness berjaya mengurangkan stres dan rasa cemas yang dialami.

Faedah Mindfulness Kepada Pelbagai Lapisan Umur

1. Kajian di barat mendapati mindfulness berjaya mengurangkan penggunaan alkohol dalam kalangan remaja.

2. Mindfulness mampu mengurangkan rasa keletihan melampau.

3. Dapat meningkatkan kecemerlangan pembelajaran dari pelbagai sudut contohnya dapat fokus dengan lebih baik di dalam kelas.

4. Dapat meningkatkan tingkah laku prososial seperti berkongsi, membantu rakan dan juga memberi sokongan kepada orang di sekeliling.

5. Kanak-kanak yang datang daripada latar belakang ekonomi yang lebih rendah yang melibatkan diri dalam aktiviti mindfulness melaporkan perasaan stres mereka berkurang dan dapat fokus kepada pembelajaran.

Bagaimana Ingin Bermula?

Amalan mindfulness boleh dilakukan melalui teknik seperti di bawah:

1. Pilih tempat duduk yang membuatkan anda rasa selesa dan tenang.

2. Setkan masa. Jika anda baru sahaja berjinak-jinak dengan aktiviti ini, mulakan dengan tempoh selama 5-10 minit.

3. Tutup mata dan lakukan pernafasan dengan tenang dan perlahan.

Penting: Semasa aktiviti ini dijalankan penting untuk anda sedar tentang keadaan badan, sedar jika fikiran anda mula menerawang, dan tarik kembali perlahan-lahan fikiran anda supaya hadir ke masa sekarang.

Semoga usaha yang tampak mudah ini mampu memberi manfaat dan faedah yang besar kepada anda semua yang melakukannya. Selamat mencuba!




No comments:

Powered by Blogger.