Ads Top

6 Tips Yang Menjadikan Anda Ibu Bapa Cemerlang

Sebagaimana ibu bapa mempunyai hak terhadap anak-anak iaitu dihormati, begitu juga anak-anak mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh ibu bapa. Selain daripada perlindungan, tempat tinggal dan makan pakai, terdapat beberapa perkara lain yang perlu diberi perhatian jika anda ingin menjadi ibu bapa yang cemerlang. Berikut antaranya:

#1- Apabila Suatu Masalah Timbul, Cari Punca Masalah, Bukan Terus Menyalahkan

Apabila anak-anak ‘buat hal’, biasanya kita memberi reaksi spontan untuk memarahi dan menghukum mereka. Kadang-kadang menjadi garang itu perlu supaya mereka tahu batas yang tidak seharusnya mereka langgar. Namun, jika anak-anak sudah besar dan semakin matang, mereka sudah mampu turut sama berbincang. Cari punca masalah yang berlaku dan bukan terus menyalahkan.

#2- Prihatin Dengan Keadaan Dan Emosi Anak-Anak

Jadi lah ibu bapa yang prihatin dan teliti membaca ‘cue’ atau tanda yang anak-anak berikan. Mungkin mereka penat, sedih kerana dimarahi guru atau bergaduh dengan rakan.

#3- Minta Maaf Jika Perlu

Sewaktu kecil, anak-anak sering diajar supaya meminta maaf jika melakukan kesalahan. Namun jika kita juga melakukan kesilapan kepada mereka – tersilap menuduh mereka contohnya atas perkara yang tidak mereka lakukan, maka tidak perlu ego untuk meminta maaf kepada mereka.

#3- Bercerita Kepada Mereka Sesuatu Yang Boleh Mereka Pelajari

Jika anda seorang yang lucu, pandai bercerita kepada anak-anak dan membuatkan mereka tertawa, itu adalah satu bonus. Namun jangan risau, walau bagaimana pun karakter diri anda sebagai ibu bapa, anak-anak biasanya akan tetap memandang tinggi kepada anda. Masih ingat ketika kita masih kecil. Segarang mana pun ibu bapa, mereka adalah orang yang paling kita hormati. Binalah komunikasi yang sihat dengan anak-anak di mana mereka akan sentiasa rasa selamat untuk bercerita masalah dan kerisauan yang ada.

#4- Jadi Seorang Yang Dapat Mereka Contohi

Kita sering berharap anak-anak dapat mencontohi perbuatan yang baik-baik. Maka, bermulalah daripada diri sendiri. Anak-anak lebih mudah mencontohi sesuatu melalui perbuatan yang mereka lihat.

#5- Berlaku Jujur Dengan Mereka

Normal untuk anda sebagai ibu bapa hilang tenaga setelah seharian penat bekerja. Balik ke rumah anda hanya mahu berehat. Anda mungkin tidak melayan mereka sepenuhnya dalam keadaan letih.Ketika, jujur lah degan mereka bahawa anda memerlukan masa sebentar untuk berehat, dan anda akan kembali mendengar dan melayan mereka semula.

#6- Sediakan Ganjaran Atas Perkara Yang Mereka Lakukan

Ganjaran atau reward tidak semestinya dalam bentuk hadiah atau wang. Pujian, kata-kata semangat dan pelukan juga adalah ganjaran yang mampu menaikkan semangat mereka. Namun sesekali jika ingin mengubah cara, anda boleh memberi kejutan kepada mereka seperti memberi hadiah, membawa mereka bercuti ke tempat istimewa dan sebagainya.

Menjadi ibu bapa yang cemerlang adalah suatu proses yang tidak berlaku hanya dalam masa beberapa bulan atau setahun dua. Ia penuh dengan proses ‘try and error’, mencuba dan belajar menjadi lebih baik dari sehari ke sehari. Ilmu mendidik anak-anak adalah suatu yang perlu dipelajari sejak sebelum berkahwin hinggalah anda bergelar ibu bapa. Semoga kita semua berjaya mendidik mereka menjadi manusia yang berguna serta hamba yang taat kepada Tuhannya.




No comments:

Powered by Blogger.