Ads Top

Selepas Pembedahan Anak Lana Nodin Tunjuk Perkembangan Positif

Setelah selepas hampir seminggu menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN), anak kepada pelakon Lana Nodin kini menunjukkan perkembangan positif.

Lana menerusi laman Instagramnya memberitahu, biarpun menunjukkan perkembangan positif, anak keduanya William Daud McKienzie itu masih lagi dalam pemantauan rapi.

“Alhamdulillah, selepas seminggu berperang dengan perasaan… anak saya #babybilly… . menunjukkan perkembangan positif.. cuma masih perlu pemantauan rapi dan berada di ICU.

“Billy sangat kuat.. moga dia terus kuat.. sayu sebenarnya tgk si kecil ini bergelut dgn ujian seumpama ini,” ujar pelakon berkenaan.

Sebelum ini, anak kedua Lana dan suaminya, Mohd. Daud McKienzie yang baru berusia dua bulan itu dimasukkan ke wad Institut Jantung Negara (IJN) dan terpaksa menjalani pembedahan kerana masalah injap (Aortic Stenosis).

Dalam pada itu, pelakon berkenaan juga meluahkan rasa terharunya terhadap sokonga dan doa yang diberikan oleh peminat kepada dia dan anaknya.

“Apapun dari kerendahan hati, saya amat terharu dgn doa dan sokongan yang dipanjangkan. Hanya kata keramat terima kasih yang saya dapat layangkan buat semua.

“Hanya Tuhan yang dapat balas jasa anda semua… terima kasih Allah SWT dan terima kasih semua yg doakan anak saya,” jelasnya. – KopiPlanet.com

The post Selepas Pembedahan Anak Lana Nodin Tunjuk Perkembangan Positif appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.