Ads Top

Pasangan Pengantin Jamming Sama Sama

Wow! MHE TV kagum betul dengan pasangan pengantin baharu ini. Mulanya ingat biasa-biasa jer tapi, lepas pengantin perempuan ketuk saja dram, terus mata tak berkelip.

Bukan apa, seronok melihat kemahiran pengantin perempuan bermain dram mengikut melodi lagu rock kapak berjudul Teratai nyanyian Datuk Ramli Sarip.

Pengantin lelaki tidak kurang juga hebatnya tau. Kemahiran bermain gitar memukau para hadirin yang datang ke majlis mereka berdua.

Khabarnya, video ini dirakam oleh sebuah produksi video perkahwinan bagi pasangan pengantin ini, Fifydan Hamka.

Kalau anda nak tahu hebat ke tak mereka berdua ni, jom tonton video di bawah ini yer.- MHE TV

Syarat Bahagia: Yakinilah Pasangan Kita Adalah Yang Terbaik

Memang kita sukar meramalkan apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

Selalunya apabila tatkala kita berada dipersimpangan untuk memilih sesuatu yang terbaik, kita sering memejamkan mata dan meneruskan langkah, dengan menaruh harapan itulah yang terbaik buat kita.

Apakah tindakan kita itu betul?

Sama ada ia terbaik atau sebaliknya, sekali kita telah mengambil keputusan dan berjalan diatasnya, kita memang tidak boleh berpatah balik.

Sekali kita melangkah untuk mencapai matlamat kita, kita memang tidak harus was-was lagi.Masa hadapan tiada siapa yang tahu, apa yang dilakukan hari ini adalah mukaddimah kepada satu kejayaan ataupun satu kegagalan di hari muka.

Pokoknya kita perlu melangkah.

Sebagai seorang manusia yang cintakan kecemerlangan dan kebahagiaan kita perlu meneruskan usaha.

Sama ada kita yakini keputusan yang kita buat itu terbaik ataupun sebaliknya, langkah tetap perlu diteruskan.

Jadi mengapa kita harus was-was dengan pilihan yang dibuat?

Jika anda telah mengambil seseorang untuk dijadikan pasangan hidup, setelah anda membuat pilihan dan merasmikan pilihan anda itu melalui ijab dan kabul, anda tidak boleh berpatah balik.

Rasa sangsi atau was-was apakah pilihan kita itu terbaik atau tidak akan hanya menyebabkan hati anda dipermain-mainkan oleh syaitan.

Syaitan memang mencari peluang menusuk jarum hasutannya supaya rumah tangga anda goyah kerana anda tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pasangan hidup kita itu.

Kebahagiaan 100% yang sepatutnya anda nikmati tidak dapat anda kecapi sebab ada sangsi, was-was dan merasakan ada pilihan yang lebih baik diluar sana daripada pilihan yang telah dibuat.

Hanya dengan kesungguhan dan keyakinan anda akan berjaya, hanya dengan kemantapan hati anda akan dihormati.

Sumber:mhetv & Akuislam.com

Kredit: ViralGempak




No comments:

Powered by Blogger.