Kek Batik Cheese Berkrim, Simpan Dalam Peti Sejuk 3-4 Jam, Senang Potong & Keju Tak Cair!
Khas buat mak-mak penggemar rasa coklat dan keju, boleh cuba resipi kek batik cheese lemak berkrim yang sangat sedap ini. Gandingan rasa pahit coklat dan lemak manis keju, menjadikan rasa kek ini cukup sempurna! Dimakan pula waktu sejuk-sejuk memang terbaik! Paling penting cara membuatnya cukup mudah, malah lebih jimat berbanding jika dibeli.Boleh lah mak-mak nak buat untuk hari istimewa ketika harijadi, kenduri, jamuan dan sebagainya nanti.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Ain Aziz ini;
Bahan-Bahan (Kek Batik):
250g Butter
1/2 Tin Susu Pekat (Kalau tak suka manis sangat letak suku, ikut pada tahap kemanisan anda) @malaysiamarigold
1 Paket Milo 200gm (Paket paling kecik) @milo_malaysia
1 Sudu kecik Esen Vanila
1 Paket Biskut Marie (Dipatah-patahkan)
Bahan-Bahan (Cream Cheese):
250g Cream Cheese tatura
Sedikit Susu Dutchlady @dutchladymy
3 Sudu Besar Susu Pekat (ikut pada tahap kemanisan anda)
Sedikit Perahan Lemon (Dalam video takde,terlepas pulak)
Bahan Lain
* Loyang 8×8 & Baking Paper
* Koko Powder (Untuk atas Cream cheese)
Cara masakan boleh tengok pada video:
Posted by Ain Aziz on Friday, 8 February 2019
** Kena pandai adjust manis ikut rasa anda. Kalau kek batik dah manis, kurangkan sikit manis cream cheese. Untuk rasa balance, atas hiasan cream cheese letak koko powder. Kek batik cheese kena letak dalam peti ais belah bawah selama 3-4 Jam. Untuk senang potong & cheese tak cair.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak-mak boleh buat sendiri di rumah lebih jimat dan puas hati, anak-anak pun mesti suka!
Sumber: Ain Aziz
The post Kek Batik Cheese Berkrim, Simpan Dalam Peti Sejuk 3-4 Jam, Senang Potong & Keju Tak Cair! appeared first on Mingguan Wanita.
No comments: