Ads Top

Fasha Sandha Bangga Promosi Kuala Lumpur Walaupun Bukan Duta

Pelakon Nur Fasha Sandha Hassan, 35, atau lebih dikenali sebagai Fasha Sandha baru-baru ini telah meluangkan masa bersama anak-anaknya iaitu Putra Rayfal Ramli Rizal, 6, dan Putri Rasya Jemaima, 5, beserta keluarga di Menara Kuala Lumpur.

Perkongsian tersebut dibuat oleh Fasha menerusi entri Instagram miliknya menerusi gambar anak-anak serta keluarganya yang telah di muat naik.

“Hari ni hari keluarga. Bawak depa ke tempat kegemaran I dan anak-anak. Bangga sungguh jadi anak Malaysia, dan amat berbangga sebab I menjadi penyebab BFF naik ke atas Menara KL untuk pertama kali.

“Hari ni depa kagum dengan kecantikan tempat ni dan terus nak tempah tempat tu untuk bawa pasangan masing-masing. Ibu bangga sebab berjaya mempromosikan Kuala Lumpur walaupun ibu bukannya duta,” ujarnya.

Sementara itu, Fasha turut menambah bahawa dirinya tidak menyangka masih ramai yang belum pernah ke Menara tersebut meskipun tinggal di Kuala Lumpur.

“Terima kasih sahabatku kerana datang, I Love You. Kepada yang tak dapat datang, ibu faham, jadual tak mengizinkan. Takpe,” tulisnya lagi di ruang kapsyen gambar berkenaan. – KopiPlanetcom

Kredit Foto: Instagram Fasha Sandha

The post Fasha Sandha Bangga Promosi Kuala Lumpur Walaupun Bukan Duta appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.