Ads Top

Charlie Puth Sahkan Dating Charlotte Lawrence Semasa Hari Kekasih

Sempena hari kekasih yang jatuh pada tanggal 14 Februari semalam, penyanyi kacak Charlie Puth turut muncul mengesahkan mengenai percintaan barunya bersama penyanyi Charlotte Lawrence.

Pengesahan tersebut dilakukan menerusi Instagram miliknya apabila Charlie memuat naik gambar bersama Lawrence berserta kapsyen yang mengucapkan hari kekasih.

“Selamat menyambut hari kekasih,” tulisnya. Rata-rata peminatnya turut memberi komen pada gambar berkenaan dengan memberi emoji Love kepada pasangan baru berkenaan.

Spekulasi hubungan romantik antara Charlotte dan Lawrence telah muncul sejak awal bulan ini lagi apabila mereka dilihat menghadirikan diri bersama ke minggu fesyen di New York 2019 (New York Fashion Week 2019).

Terdahulu, penyanyi yang terkenal dengan lagu “Attention” dan “We Don’t Talk Anymore” ini pernah membuat suatu kenyataan menerusi artikel Telegrap apabila diminta mengulas mengenai temu janji secara terbuka tanpa merahsiakannya.

“Saya mahu jatuh cinta. Ianya akan jadi sangat baik dalam pelayaran ini sekiranya saya mempunyai seorang gadis yang berdikari tetapi juga sentiasa ada untuk saya.

“Saya pernah bertemu janji dengan gadis terkenal dan tidak terkenal. Saya cuma perlu mencari seseorang yang tidak kisah siapa Charlie Puth tetapi kisah dengan hati saya,” katanya tanpa berselindung. – KopiPlanet.com

The post Charlie Puth Sahkan Dating Charlotte Lawrence Semasa Hari Kekasih appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.