C-Clean Pearl Serum Rahsia Keremajaan Kulit Uqasha Senrose
Setiap wanita pastinya mengimpikan kulit wajah yang berseri dan bersih daripada sebarang cela dan begitu juga dengan pelakon Uqasha Senrose.
Menurut Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 27, sejak dirinya menggunakan produk terbaharu C-Clean iaitu C-Clean Pearl Serum, dia dapat merasai perubahan positif pada wajahnya yang tidak lagi kusam dan bebas cela.
“Produk kegemaran saya sekarang semestinya C-Clean Pearl Serum. Saya individu yang sangat berhati-hati apabila melibatkan produk kecantikan. Ketika ditawarkan sebagai duta produk ini, saya pastikan ia betul-betul bersesuaian dengan kulit.
“Selepas menggunakan selama tiga minggu, saya sangat berpuas hati dengan kesannya. Serum ini bila dipakai, kulit rasa selesa sebab teksturnya yang ringan. Cepat meresap dan paling saya suka bila pakai sebelum saya bermekap.
“Dengan serum ini mekap saya dapat bertahan lebih lama. Kulit pun nampak lebih berseri,” katanya ketika ditemui KopiPlanet.com
Uqasha ditemui pada majlis pelancaran produk serta pengenalan duta C-Clean Pearl Serum yang diadakan di Hotel Grand Millennium, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sementara itu, menurut pengasasnya Puteri Zarith Che Rashdi produk terbaharu syarikatnya itu merupakan serum berinovasi dengan Sola Shield yang pertama seumpamanya di Malaysia.
“Formulasi serum ini diimport khusus dari pakar sektor kosmetik dan farmaseutikal dari Perancis serta menggunakan teknologi moden Eropah.
“Premium Pearl menjadi bahan utama produk ini yang mana ia bertindak sebagai agen pencerahan efektif dalam membantu proses mencerahkan kulit. Fungsinya juga merangkumi membantu memanjangkan proses keremajaan kulit serta bertindak sebagai agen antipenuaan,” katanya.
Menurut Puteri Zarith lagi, sejak mula dibuka jualan pada awal bulan lalu, setakat ini produk tersebut telah berjaya terjual lebih daripada 5,000 unit.
Dijual pada harga RM55 (Semenanjung Malaysia) dan RM59 (Sabah & Sarawak), C-Clean Pearl Serum boleh didapati dengan menghubungi 012-6711400 atau menerusi dropship dan agen sah di seluruh Malaysia. – KopiPlanet.com
Kredit foto: Instagram Puteri Zarith
The post C-Clean Pearl Serum Rahsia Keremajaan Kulit Uqasha Senrose appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: