Ads Top

Zarina Zainoordin Beri Amaran Bagi Sesiapa Yang Sakitkan Hati Ibunya

Baru-baru ini pelakon dan penyanyi Zarina Zainoordin, 35, telah melahirkan rasa kagum terhadap ibunya menerusi perkongsian gambar yang dimuat naik di laman Instagram.

Menerusi entri instagram peribadinya itu, Zarina telah memberi amaran agar tidak menyakiti atau melakukan perkara yang tidak diingini kepada ibunya dan hal tersebut ditujukan kepada setiap pengikutnya.

“Rindunya dekat buah hati I ini yang comel ini. Muka je garang mak I ini, tapi hatinya lembut. Of course la ibu yang baik memang macam itu, tak boleh lawan mulianya mak I.

“Sakitkan hati I tak apa, tapi siapa yang sakitkan hati dia I gigit dia sampai masuk ICU,” tulisnya di ruang kapsyen gambar berkenaan.

Menerusi ruangan komen pula, sesetengah netizen terasa terhibur dengan kapsyen yang ditulisnya dan ada juga lelaki yang menawarkan diri untuk menjadi menantu kepada ibunya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Zarina Zainoordin

The post Zarina Zainoordin Beri Amaran Bagi Sesiapa Yang Sakitkan Hati Ibunya appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.