Walau Fizikal Anak REMAJA Matang, Jiwanya Masih Perlukan ‘Guide’ Mak Ayah
Satu hal yang paling sukar dalam mendidik anak-anak apabila mereka mulai meniti usia remaja. Masa ini mak ayah nampak perubahan kematangan dalam diri anak.
Hakikatnya, anak kita masih lagi perlukan perhatian dan ‘guide’ dari mak ayah.
Jangan sesekali mak ayah tak ambil peduli atau beri kebebasan kepada mereka. Biarpun mereka sudah melepasi usia 10 tahun ke atas, pantau dalam masa sama sayangi mereka.
Perkongsian Puan Rehan Sidik dalam menasihati anak-anak remajanya ini ada banyak benarnya. Moga mak ayah kuat dan kental jiwa mendepani anak-anak yang meningkat remaja.
10 Tahun Dah Ya..
Masya Allah.
Cepat betul masa nya.
Sekarang, anak-anak umi dah masuk fasa remaja dah ya. Umur 13 – 17 ni, anak-anak memang nak nampak sama sokmo ngan mak dia.
Baju, tudung, kasut, lipstik..memang ikut cara mak dia. Nak tak nak, K. Han kena faham, ini masa fasa anak remaja try try nak jadi dewasa agaknya.. cam mereka sekarang ni.
Yesss!!
Mereka mahu dilihat seperti dewasa.
Mereka mahu dilayan seperti dewasa.
Mereka mahu dihormati seperti dewasa.
Mak-mak..tak salah, jika di fasa ini kita berikan anak-anak peranan dan amanah untuk digalas.
Tersilap Mencorak, Anak Remaja Mula Tunjuk Kuasa
Anak yang positif, mereka akan tunjukkan rasa tanggungjawab itu. Namun, sebaliknya.. Jika kita tersilap mencorak, mereka akan mula menunjukkan kuasa. Tak kira di rumah atau dengan kawan-kawan di sekolah.
Cuba tengok, renungg anak-anak remaja kita di rumah, pada umur ini mereka nampak besar, cantik dan kuat kan?
TAPI SEBENARNYA..
Kematangan JIWA, HATI dan CARA BERFIKIR mereka belum tentu sejajar dengan kematangan fizikalnya. Mereka perlu guide dari kita. Sangat perlu.
Ini masa untuk kita MENCORAK KEHIDUPAN anak-anak. Teruskan beri bimbingan dan sokongan tanpa jemu.
Sayang kamu.
MW : Asasnya mak ayah perlulah diperkemas dan diperkukuhkan dari kecil lagi. Fitrahnya, 7 tahun pertama kenalkan dengan keimanan. Berlembutlah dan berkasih sayanglah. Dan 7 tahun seterusnya, disiplinkan lah. Tegas tapi tak bermakna keras.
Sumber/Foto : Rehan Sidik
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.
The post Walau Fizikal Anak REMAJA Matang, Jiwanya Masih Perlukan ‘Guide’ Mak Ayah appeared first on Mingguan Wanita.
No comments: