Ads Top

(Video) Rakyat Palestin Kibar Bendera Malaysia Hargai Keputusan Kerajaan Halang Atlet Israel Masuk Malaysia

Keputusan kerajaan Malaysia untuk tidak membenarkan penyertaan atlet daripada Israel daripada menyertai  2019 World Para Swimming Championships yang dirancang untuk diadakan di Kuching, Sarawak ,Julai dan Ogos ini telah mendapat perhatian ramai pihak, termasuklah di peringkat dunia.

Malah, tanpa segan silu ada pemimpin daripada negara haram tersebut menuduh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahatahir Mohamad sebagai anti-semitik kerana keputusan tersebut.

Bagaimanapun, keputusan yang dibuat tersebut nyata dihargai oleh saudara seagama yang tinggal di Palestin selepas sekian lama menjadi mangsa penindasan rejim Zionis tersebut.

Perkara ini telah dikongsikan oleh pengguna Twitter, Muslim Imram di laman twitternya.

Melalui perkongsian video tersebut, kelihatan para penyokong bola sepak yang sedang menyaksikan perlawanan yang diadakan di Gaza telah menggantung bendera Malaysia bersebelahan dengan bendera Palestin.

Bersama-sama bendera tersebut, para penyokong ini turut menaikkan satu kain rentang sebagai penghargaan kepada keputusan yang dibuat Malaysia.

”Terima kasih Malaysia kerana berdiri teguh menentang pengnormalan terhadap Israel”, kata-kata yang tertera pada kain rentang tersebut.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah baru-baru ini telah mengulangi pendirian tegas bahawa Malaysia tidak akan menganjurkan sebarang acara yang melibatkan penyertaan warga negara Israel.

Sumber: Muslim Imran




No comments:

Powered by Blogger.