Terhumban Dari Jambatan, Akhirnya SUV Mazda Ditemui
Tular sejak pagi tadi, akhirnya kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 yang terhumban dari Jambatan Pulau Pinang selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4.0 jambatan itu ditemui jam 4 petang tadi.
Pemandu kereta yang terhumban ke dalam laut itu adalah seorang lelaki dikenali sebagai Moey Yun Peng, 20, yang juga pelajar sebuah kolej swasta.
SUV Dinaikkan Menggunakan Kren
Menurut sumber Sinar Harian, kenderaan terbabit ditemui 15 meter daripada tiang 34 jambatan itu.
Setakat ini usaha untuk menaikkan SUV terbabit akan dilakukan menggunakan kren.
Pasukan operasi dan menyelamat (SAR) kini masih menjalankan kerja-kerja mereka di lokasi kenderaan itu ditemui.
Tercampak Selepas Kemalangan
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi tadi, kereta terbabit dipercayai tercampak ke dalam laut ketika dalam perjalanan dari Georgetown menghala ke Seberang Perai.
Manakala pemandu Toyota Vios yang berusia 21 tahun dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) kerana mengalami kecederaan.
Kemalangan dua kenderaan ini dilihat menerusi kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian.
CCTV paling hampir terletak 100 meter dari lokasi SUV terbabit terjunam, manakala satu lagi di Kilometer 5.3.
Apa pun, moga ahli keluarga kedua-dua belah mangsa boleh bersabar dan bertenang menghadapi berita sedih ini.
The post Terhumban Dari Jambatan, Akhirnya SUV Mazda Ditemui appeared first on Mingguan Wanita.
No comments: