Terbaru Gelaran Top 12 Dewi Remaja Ernisha Fazreen Fazera Turut Ditarik Balik
Susulan penarikan balik gelaran Dewi Remaja edisi terkini yang sepatutnya disandang Heneesya Hanee semalam, insiden video kontroversi tular melibatkan beberapa finalis pencarian bakat gadis itu mendapat respon pelbagai daripada netizen.
Bagaimanapun, tindakan bekas juara berusia berusia 18 tahun itu yang hadir secara berhemah dan profesional bagi melepaskan status Dewi Remaja perlu dianggap sebagai suatu tindakan yang wajar dipuji.
Nyatanya, bukan mudah mudah seseorang, lebih-lebih lagi pada usia yang masih muda untuk tampil menyatakan rasa bersalah seterusnya meminta maaf atas khilaf bagi menjernihkan keadaaan.
Apatah lagi, ia dilakukan secara langsung di menerusi platform sosial.
Meski tampil polos tanpa sebarang solekan dan dalam nada sebak melepaskan status yang diimpikan kebanyakan para gadis di negara ini, pendirian Haneesya Hanee perlu dijadikan contoh dan iktibar buat semua.
Malah katanya kepada MH, jika tiada pun sidang media ini, dia secara sukarela sudah terfikir mahu melepaskan gelaran, kerana sedar tindakannya itu boleh menjejaskan nama baik Dewi Remaja yang telah membina legasi positif sejak edisi pertama lebih 30 tahun lalu buat para gadis di negara ini.
“Assalamualaikum, jauh dari sudut hati saya minta maaf. Saya mengaku itu salah, itu perbuatan saya dan sedar dengan sebarang keputusan yang bakal diambil pihak Remaja. Saya menerima keputusan penarikan balik gelaran dengan hati terbuka.
“Itu tindakan yang wajar malah sebelum sesi ini, saya sudah sedia untuk mengembalikan gelaran sebab tahu ia sedikit sebanyak boleh menjejaskan jenama tersebut. Saya minta maaf sekali lagi,” katanya pada sidang media terdahulu, awal semalam.
Memetik dari Remaja, di bawah salah satu seksyen ‘Standard Terms and Conditions’ yang telah mereka persetujui, ia melarang para peserta daripada berkelakuan kurang sopan, tidak senonoh atau melakukan apa jua perbuatan dan membuat kenyataan yang boleh menjejaskan kredibiliti dan reputasi penganjur dan pemilik jenama iaitu Nu Ideaktiv Sdn Bhd serta Majalah Remaja DAN yang menjejaskan reputasi para peserta sendiri.
Lantas setelah disiasat mengenai indisen yang berlaku, pihak penganjur mendapati video tular tersebut berlaku semasa para finalis masih berada dalam peringkat pertandingan dan tindakan sewajarnya perlu diambil memandangkan syarat yang ditetapkan telahpun dilanggar.
Ini secara langsung menjelaskan mengapa kemenangan dan gelaran Dewi Remaja 2018/2019 yang disandang Haneesya juga terpaksa ditarik semula setelah tempoh 72 jam.
Turut sama terpalit dengan tindakan sama ialah dua peserta lain, Ernisha dan Fazreen Fazera.
Gelaran finalis (Top 12) Dewi Remaja mereka juga terpaksa ditarik balik dan mereka dilarang menggelarkan diri sebagai finalis pada masa akan datang.
Apapun, jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran dan sentiasalah berwaspada atas apa sahaja tindakan yang dilakukan, bimbang andai ia boleh beri impak tidak baik buat diri sendiri dan orang lain. Lebih-lebih lagi dari kalangan individu yang dikenali.
Bagaimanapun, MH percaya Haneesya sudah pun memberi persembahan terbaik sepanjang program Dewi Remaja yang berlangsung dan kami tetap memberi sokongan penuh terhadapnya selapas ini.
Difahamkan, dia kini mengambil keputusan untuk berehat tetapi tidaklah terlalu lama sebelum kembali mengorak langkah dalam seni.
Sudah pun mendapat kontrak peragaan sejurus Dewi Remaja, kami doakan yang terbaik buatnya. All the best dan selamat datang ke industri seni.
Pencarian Dewi Remaja bermula sejak awal 80an lalu dan kebanyakan para pesertanya turut terjun dalam dunia seni.
Status Dewi Remaja itu mulanya disandang Tengku Anis Tengku Ismail (1985/86), Aleeza Kassim (1987/88), Jasmeen Dhillon (1990/91), Wan Khatijah (1993/94), Juliana Banos (1997/98), Annahita Bakavoli (2002/03), Scha Al-Yahya (2005/06), Neelofa (2009/2010) dan Raysha Rizrose (2014/15).
sumber: MH Kredit : Talam Keladi
No comments: