Robert Pattinson Dan Suki Waterhouse Pamerkan Kemesraan Hubungan Mereka
Pelakon lelaki Robert Pattinson, 32, dan model Suki Waterhouse, 27, sebelum ini telah membuat kemunculan awal mereka menerusi gambar yang dikeluarkan pada July 2018 semasa menghadiri tayangan Mamama Mia! Here We Go again di Notting Hill’s Electric Cinema di London dan hubungan romantik pasangan tersebut nampaknya masih lagi mekar sehingga ke tahun ini.
Terbaru pasangan merpati sejoli ini dilihat telah melakukan larian kecergasan (jogging) bersama-sama di London.
Robert dan Suki dilihat begitu mesra mempamerkan senyuman di antara satu sama lain ketika berlari sepanjang jalan tanpa menghiraukan orang di sekeliling taman tersebut.
Sebaik sahaja mereka berhenti berlari, pasangan tersebut dilihat saling berpegangan tangan dan kelihatan begitu romantik sekali.
Ini buat pertama kalinya Robert kembali menjalinkan hubungan serius semenjak putus dengan penyanyi FKA Twings,31, lewat tahun 2017, manakala kekasih terdahulu Suki pula ialah pelakon Bradley Cooper, 44, dan Diego Luna, 39.
The post Robert Pattinson Dan Suki Waterhouse Pamerkan Kemesraan Hubungan Mereka appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: