Peminat Teruja Park Bo Gum Tunjuk Bakat Menyanyi & Menari
Pelakon Park Bo Gum, 26, telah mengadakan pertemuan bersama peminatnya di sebuah acara yang dinamakan “Good Day” di Seoul, Korea Selatan baru-baru ini.
Apa yang menariknya, hero drama Encounter ini telah mengejutkan para peminatnya dengan mempersembahkan lagu daripada kumpulan Twice yang bertajuk “What is Love?”.
Selain mengejutkan peminatnya dengan lagu tersebut, Bo Gum turut mengejutkan peminatnya dengan melakukan koreografi Twice dengan begitu sempurna dalam persembahannya itu.
Pada hari itu juga, Bo Gum turut mempersembahkan pelbagai jenis lagu sambil menunjukkan kemahiran nyanyian serta tariannya yang sangat baik kepada penonton. Rata-rata peminat hero kacak itu kelihatan sangat terhibur dengan gelagat spontan yang ditunjukkan Bo Gum. – KopiPlanet.com
The post Peminat Teruja Park Bo Gum Tunjuk Bakat Menyanyi & Menari appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: