Ads Top

Pelajar ini berani berdebat mengenai isu ini, Lihat bagaimana Tun Mahathir ‘Sekolahkan’ Pelajar Oxford

Dari hak Bumiputera kepada kes liwat, ini 5 perkara yang dijawab Tun Mahathir di Kesatuan Oxford

OXFORD: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diberi penghormatan menjadi pemimpin ASEAN pertama yang dijemput berucap di Kesatuan Oxford pada Jumaat di sini.

Dr Mahathir memberikan ucapan yang mengangkat tema demokrasi sebelum sesi soal jawab yang mengambil masa hampir satu setengah jam.

Dalam sesi soal jawab yang dikendalikan oleh Presiden Kesatuan Oxford, Daniel Wilkinson itu, Dr Mahathir menjawab pelbagai isu dan tidak kurang juga berdebat dengan beberapa individu.

Berikut kami senaraikan antara isu yang dikemukakan pada sesi itu.
Isu ISA

Menurut Dr Mahathir, walaupun kerajaan Barisan Nasional (BN) yang lepas telah menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), namun mereka tampil dengan undang-undang baharu yang lebih mengikat. Malah ketika zaman pemerintahannya dahulu, beliau juga menentang ISA.

Larangan atlet Israel dan dakwaan anti-semitik

Moderator berada dalam situasi yang sukar apabila mengajukan beberapa soalan yang berkaitan dengan pendirian Malaysia terhadap Israel. Kita dengarkan jawapan Dr Mahathir.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pertuduhan liiwat.

Dr Mahathir turut ditanyakan mengenai pertuduhan yang dikenakan kepada bekas Timbalanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Ini jawapan beliau.

Kenapa Malaysia beri keistimewaan kepada warga Bumiputera?

Isu mengenai hak Bumiputera turut ditanyakan ketika sesi soal jawab di Kesatuan Oxford. Tanpa membuka buku sejarah, Dr Mahathir perincikan sejarah kewarganegaraan kaum bukan Melayu kepada pelajar Oxford.

 Lihat Tun Mahathir ‘Sekolahkan’ Pelajar Oxford Apabila Ditanya Tentang Isu Air Singapura

Isu air: Bertahun lamanya Singapura ambil kesempatan, ini dah ‘mengarut’ – Tun Mahathir

OXFORD: Harga semasa jualan air mentah kepada Singapura adalah sangat tidak adil dan ia perlu disemak semula, tegas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kami sudah cuba berunding (pada 1962), Singapura enggan. Malah Singapura enggan membawa kes ke mahkamah.

“Singapura membeli air pada kos RM0.03 untuk seribu gelen dan menjual kembali air dirawat kepada Malaysia pada nilai AS$60 untuk jumlah yang sama.
“Ini tidak masuk akal pada masa kini. Adakah harga tidak pernah berubah sejak 1926? Harga ini mungkin boleh diterima pada ketika itu, namun kini ia tidak boleh diterima,” katanya ketika menjawab soalan salah seorang peserta ketika berucap di Kesatuan Oxford pada Jumaat.

Pesereta dari Singapura itu sebelum itu bertanyakan tentang tindakan kerajaan Malaysia yang dipimpin Tun Mahathir kini didakwa seolah-olah mahu mengulangi diplomasi berkonfrontasi dengan Singapura.

Tambah Tun Mahathir, Malaysia akan terus berpegang kepada prinsip ini kerana Singapura telah menikmati keuntungan sejak sekian lama dari hasil harga air yang terlalu rendah.

“Kos rawatan air adalah sangat rendah jadi Singapura menikmati untung besar.

“Saya benci untuk bercakap perkara ini secara terbuka, saya lebih suka beritahu kepada pemimpin Singapura, tetapi memandangkan soalan ini ditanya, saya beritahu harga ini adalah sangat tidak adil,” tegas Mahathir.

Seorang pelajar dari Singapura turut berdebat dengan Dr Mahathir mengenai beberapa isu yang melibatkan diplomatik kedua buah negara. Antaranya ialah mengenai isu air dan juga pertindihan wilayah maritim.

Dalam video yang dikongsikan oleh Astro Awani ini, dapat dilihat pelbagai perkara dibincangkan antara Tun Mahathir dan Daniel Wilkinson, Presiden Kesatuan Oxford. Namun satu perkara yang menarik perhatian adalah apabila ada pelajar yang menyertai perbicangan ini bertanyakan pada Tun Mahathir tentang isu air Singapura dan beberapa masalah diplomatik antara Malaysia dan Singapura.

Pelajar berkenaan dilihat mahu menuding jari terhadap Malaysia yang dikatakan mahu menekan Singapura dalam isu air. Namun Tun M tenang menjawab setiap soalan yang ditanya oleh pelajar berkenaan. Tun M menjawab, sejak 1926, Singapura hanya membayar 1 sen Singapura (3 sen Malaysia) untuk setiap 1,000 gallon air (3,785 liter) yang diberi kepada Singapura.

Pelajar berkenaan terdiam apabila ditanya kembali oleh Tun M adakah masih relevan untuk membeli air sebanyak itu dengan harga yang sama sejak 1926? Terus ke minit 26:00 untuk mendengar penerangan Tun Mahathir berkenaan isu air ini. Apa pun jangan main-main dengan Tun M. Beliau ingat semua perkara yang berlaku di Malaysia.

Beliau menambah Malaysia hanya mahukan penetapan harga baharu yang lebih adil dan bukannya meminta harga yang terlalu rendah.

sumber: astroawani




No comments:

Powered by Blogger.