Ads Top

Nama Lapangan Terbang Antarabangsa Louisville Ditukar Bagi Mengenang Jasa Muhammad Ali

Lapangan Terbang Antarabangsa Louisville di Kentucky, USA bakal diberi nama baru iaitu Louisville Muhammad Ali International Airport.

Keputusan ini dibuat bagi mengenang jasa Muhammad Ali, seorang lagenda dalam dunia tinju dan juga bagi menghargai penglibatan aktifnya dalam kerja-kerja kemanusiaan.

Muhammad Ali seorang penganut agama Islam yang sering bercakap tentang agama dan kepercayaannya. Muhammad Ali pernah berkata:

“Setiap apa yang saya lakukan adalah kerana Allah. Saya menguasai dunia, tetapi ia tidak memberikan saya kebahagiaan. Satu-satunya kepuasan sebenar datang daripada menyembah Tuhan. Menjadi seorang Muslim yang sebenar ialah perkara paling penting dalam dunia ini buat saya. Ia lebih bermakna bagi saya berbanding menjadi seorang Amerika atau berkulit hitam”

Katanya Tuhan tidak akan pernah bertanya siapa yang telah dikalahkan dalam pertandingan tinju, tetapi apa amalan dan khidmat yang telah dilakukan kepada manusia.

Beliau yang memang dilahirkan di Louisville telah mengharumkan nama tempat tinggalnya sepanjang hidupnya. Datuk Bandar Greg Fischer juga memuji sumbangan Muhammad Ali kepada bandar tersebut.

Pengumuman tentang perubahan nama lapangan tersebut telah dibuat oleh Muhammad Ali Center di Twitter pada 17 Januari yang lalu.

Sumber:
Ilmfeed.com




No comments:

Powered by Blogger.