Ads Top

Haneesya Hanee Melakukan Perkara Ini Setelah Melalui Minggu Paling Sukar

BEKAS juara Dewi Remaja 2018/2019 Haneesya Hanee yang terpalit kontroversi minum di kelab malam memadam foto-foto ketika menjuarai pertandingan program realiti itu Ahad lalu.

Haneesya sebaliknya, memuat naik foto-foto baharu berserta kapsyen mengenai dirinya yang sedia bangkit untuk memulakan kehidupan baru.

“Terima kasih untuk kasih sayang dan sokongan anda. Saya sayang semua. Ini menjadi minggu paling sukar tapi mengejutkan ia membuatkan saya menyedari satu perkara.

“Sangat penting dikelilingi orang-orang positif dalam lingkungan yang kecil,” tulisnya pada Isnin.

Pada Isnin lalu, video sebilangan peserta Dewi Remaja sedang berpesta minum arak tersebar di laman sosial.

Perkara tersebut menjadi tular sehingga penganjur program membuat keputusan menarik balik gelaran tersebut kepada Haneesye Hanee, manakala peserta lain yang terlibat turut dilarang menggunajan jenama Dewi Remaja.

Dalam pada itu, Haneesya berkata, kesilapan tersebut menjadikan dia insan yang lebih baik dan positif.

“Saya tahu siapa yang akan membantu saya ketika berada pada tahap paling bawah. Insya-Allah saya akan menjadi orang yang lebih baik dan positif,” ujarnya.

Pesta arak… Haneesya Hanee mengaku salah, gelaran juara Dewi Remaja dilucutkan

MALANG nasib juara Dewi Remaja 2018/2019 iaitu Haneesya Hanee apabila penyebaran video pesta arak melibatkannya menjadi punca kemenangan dia dalam pertandingan dilucutkan.

Penarikan gelaran itu diumumkan oleh Pengarang Majalah Remaja iaitu Faiz Aimman selepas pihaknya berasa kesal dengan insiden tersebut apabila perserta terbabit melanggar syarat penyertaan dan kontrak pertandingan itu.

Dalam sidang media itu Hanee atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan, 18, turut berharap semua pihak berhenti menyalahkan ibunya kerana apa yang terjadi merupakan kesalahan dia sendiri.

SUMBER:MSTAR




No comments:

Powered by Blogger.