Ads Top

Najib Razak Ditanya Jika Jadi Perdana Menteri Lagi Sekali, Adakah Slogan 1Malaysia Akan Ditukarkan Ke MaluApaBossKu. Ini Jawapan Najib Razak

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan ‘troll’ yang dibuat sesuai dengan peranannya sebagai pembangkang.

Menurut Najib, sebagai pembangkang beliau akui kini liputan media arus perdana terbatas untuknya.

“Kadang-kadang dalam kereta saya dapat idea. Memang itu peranan saya sebab jadi pembangkang ini, media arus perdana tak bagi tempat kepada saya. Macam dulu kan.

“Bukan awak (wartawan) salah tapi apabila sampai Kuala Lumpur bnyak cerita itu kena cantas tapi saya gunakan online sebab itulah cara saya boleh sampaikan mesej kepada rakyat,” katanya kepada pemberita di Masjid Kg Raja, di sini, hari ini.

Beliau akui ‘troll’ yang dilakukan sejak kebelakangan ini demi mengangkat isu rakyat namun berdasarkan fakta.

“Itu pendekatan saya. Saya tak buat fitnah atau reka-reka. Apa yang saya buat itu saya sokong dengan fakta dan angka yang sebenar.

“Saya berpegang pada prinsip yang benar walaupun mereka tak setuju tapi saya akan tetap menyatakan sesuatu yang pada pendapat saya ialah untuk kebaikan rakyat,” katanya

Namun katanya, sehingga kini masih banyak pertanyaan yang dibangkitkan kepada menteri PH belum berjawab.

Sumber Artikel: Sinar Harian

Sekiranya Najib Razak Diangkat Menjadi Perdana Menteri Lagi Sekali. Adakah Slogan 1MAlAYSIA Akan Dikekalkan?

Rasanya kita dah boleh keluar gua - Najib

Semakin popular Najib Razak, makin ramai pengikut beliau sekarang. Hari ini beliau menaiki Yamaha Y15zr untuk sessi berjumpa peminatnya di The Podium, Sungai Penchala.

Beliau meluangkan masa dengan menjawab beberapa soalan dan swatofo dengan peminat beliau.

Satu soalan ditanyakan kepada Najib Razak. Sekiranya beliau diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia semula, adakah slogan 1Malaysia akan digunakan lagi atau ditukarkan kepada MaluApaBossKu

Memang pelik soalan ini .. Jom dengar apa Najib Razak jawab …

#bosskite

bila ditanya kalau ada rezeki jadi PM semula nk kekal slogan 1Malaysia ke atau 1MaluApeBossku.. jawapan DS memang kelakar habis! haha#BossKite #MaluApeBossku

Posted by KualaLumpur Viral on Sunday, January 20, 2019

Hahahaha! aneh aneh la soalan korang dekat Najib Razak ni ..

Edited BY: KL VIRAL




No comments:

Powered by Blogger.