Lelaki Ini Berkongsi Pengalaman Menenangkan Anaknya Yang Sedang Marah
Setiap anak-anak mempunyai ragamnya yang tersendiri, namun perkongsian seorang lelaki yang menggunakan nama Abu Maryam di Twitter ini menarik minat netizen apabila beliau menceritakan pengalaman menenangkan anaknya yang sedang marah.
“Maryam marah aku tadi sebab aku suruh dia duduk elok-elok dalam kereta. Biasalah, muncung. Aku usap kepala dia tapi sebab dia marah, dia tepis tangan aku.
Masa tu tangan dia tengah pegang kertas lukisan yang dia dapat buat kat sekolah dia. Sebab marah sangat kertas tu terkoyak.”
“I cannot buy this back. Nak beli kat mana, benda tu ada satu je”
“If you don’t control your anger, you will bound to break something”
Seorang ayah yang cuba menyelesaikan masalah anaknya…
“Marah ni kalau kita tak kawal, kita akan menyesal”
Beliau mengakhiri perkongsian di Twitter nya dengan mengingatkan para pembaca bahawa emosi merupakan suatu yang bersifat sementara. Jangan kerana sifatnya sementara, kita melakukan perkara yang akan membuatkan kita menyesal selamanya.
Anak-anak kecil sebenarnya mampu memahami jika kita jujur dan pandai menerangkan situasi kepada mereka. InsyaAllah mereka akan belajar daripada kesilapan dan cuba untuk tidak mengulanginya pada masa hadapan.
No comments: