Ads Top

Lee So-ra Kolaborasi Bersama Suga BTS & Tablo Epik High

Baru-baru ini SPOTV telah melaporkan bahawa penyanyi Lee So-ra telah berkolaborasi bersama dengan Suga BTS untuk single terbarunya yang bertajuk “Song Request” yang bakal dilancarkan pada 22 Januari ini.

Selain Suga, pihak agensi So-ra turut mengesahkan bahawa Tablo daripada kumpulan Epik High turut terlibat dalam pembikanan lagu tersebut.

“Suga BTS dan Tablo Epik High telah bekerjasama dengan Lee So-ra bagi pembikinan lagu ini sebagai artis pilihan dan penulis lagu,” ujar agensinya.

Ini merupakan kali pertama Suga membuat kolaborasi bersama artis lain selepas muncul dalam bidang seni. Di samping itu juga, Suga turut terlibat menulis lirik rap bagi lagu tersebut. Hal ini, telah menarik perasaan ingin tahu peminat tentang kolaborasinya bersama So-ra.

Sementara itu, Tablo turut terlibat dalam penciptaan serta penghasilan lirik lagu ini. Persahabatan Tablo dan So-ra bermula sejak kemunculan So-ra di trek solo mini album pertama Tablo pada tahun 2011.

Justeru itu, buat pertama kalinya dalam tempoh lapan tahun, sekali lagi mereka telah bergabung bersama yang disertai Suga. -KopiPlanet.com

The post Lee So-ra Kolaborasi Bersama Suga BTS & Tablo Epik High appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.