Kembali Masuk Studio, Rihanna Bakal Keluar Single Baru
Penyanyi lagu popular Umbrella, Robyn Rihanna Fenty akhirnya kembali ke studio merakamkan single terbaharunya selepas kali terakhir melakukannya pada April tahun lepas menerusi single Feels.
Rihanna, 31, mendedahkan kenyataan ini menerusi laman Instagramnya. Penyanyi lagu Take A Bow itu bagaimanapun masih lagi belum membuat sebarang perancangan untuk menerbitkan album terbaharu.
Selain itu, Rihanna atau Riri pernah berkongsi video sewaktu berada di studio ketika menyanyikan lagu baharunya itu sambil menghalakan kamera ke arah lain.
Kemudian dia mengangkat satu jari ke bibirnya, seolah-olah memberitahu kepada peminat setia supaya merahsiakan apa yang telah ditunjuknya.
Peminat membuat andaian jari telunjuk yang ditunjukkan oleh Rihanna itu seolah-olah memberi petunjuk sama ada single terbaharunya bakal diterbitkan dalam masa seminggu atau sebulan dari sekarang.
Tidak menjawab pertanyaan peminat, Rihanna nampaknya lebih suka berteka-teki dengan peminatnya dengan membiarkan mereka terus membuat andaian sendiri. – KopiPlanet.com
No comments: