Ads Top

Ke Mana Kita Habiskan Waktu Malam?

Dikatakan oleh ulama’ terdahulu bahawa apabila seseorang sudah mencapai usia 40 tahun, tilam tempat tidur akan dilipat – supaya mereka tidak tidur di atas tempat yang selesa bagi memudahkan bangun solat malam.

Orang yang tahu kenikmatan malam hari, berasa susah hati apabila tiba siang kerana waktu siang terlalu banyak gangguan, sedangkan waktu malam waktu yang sesuai untuk bermunajat kepada Allah.

Usahakanlah untuk bangun solat malam sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu – dan beristiqamahlah dengan amalan tersebut walaupun sedikit.

Sumber video: Cocombee




No comments:

Powered by Blogger.