Ads Top

Kata Fauzi, DATING Dengan Isteri Itu Cara Perbaharui Lesen Cinta, Barulah Sweet

Jangan tak tahu, rupanya dating suami isteri ini amat penting dalam rumah tangga. Ini pun salah satu cara nak buat hati pasangan sentiasa bahagia dan tenang.

Diam tak diam, dah 11 tahun pasangan selebriti, pengarah dan pelakon terkenal Fauzi Nawawi, 45 dan Lisdawati, 40 mendirikan rumah tangga.

Fauzi dikurniakan 8 orang cahayamata, yang mana empat daripadanya adalah dari perkahwinannya yang terdahulu.

Sebelas tahun bukanlah satu masa yang singkat bagi sebuah perkahwinan, malah itulah tempoh matang untuk perkahwinan yang dibina.

 

Kata Fauzi, DATING Dengan Isteri Itu Cara Perbaharui Lesen Cinta, Barulah Sweet

Lesen Cinta Perlu Perbaharui Selalu

Biar masa terus berjalan, Fauzi atau nama sebenarnya, Mohd Fauzi Bin Mohd Nawawi mengakui perlunya keluar berdua-duaan dengan isteri, Lisdawati atau nama sebenarnya, Nisdawati Binti Nazaruddin.

Akuinya, “Sekali sekala dating rasa macam mula bercinta. Lesen cinta perlu selalui perbaharui untuk kekal sweet.”

Memang tak dinafikan dating berdua suami isteri, walau baru atau sudah lama berkahwin masa itu tetap perlu dilakukan.

Sebab dating bukan saja nampak sweet, malah masa inilah mak ayah boleh mengimbas memori indah berdua dan memenuhi keperluan emosi masing-masing.

Nampak simple kan dating tu, tapi kesannya hebat dalam memperkuatkan rasa cinta.

 

Kata Fauzi, DATING Dengan Isteri Itu Cara Perbaharui Lesen Cinta, Barulah Sweet

Tulang Belakang Kejayaan Ku – Fauzi Nawawi

Kesabaran seorang wanita selembut dan setegas Lisdawati bukan saja menawan hati suami, malah anak-anak tirinya cukup rapat dengannya.

Dan Fauzi amat berterima kasih dengannya. “Selain daripada ibu yang melahirkan aku, dia adalah orang yang bertanggungjawab meletakkan aku di tempat yang selesa.”

Jatuh bangunku sentiasa bersamanya, menjadi tulang belakang kejayaanku.” Luah pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama anugerah 2018 sempena meraikan hari lahir isteri lewat Disember lalu.

Semoga Allah memberi berkah dan rahmatNya sepanjang hidupmu. I LOVE U so much. Till jannah, doakan yang terbaik untuk kami, insyaAllah,” doa Fauzi.

Sumber/Foto : Fauzi Nawawi

The post Kata Fauzi, DATING Dengan Isteri Itu Cara Perbaharui Lesen Cinta, Barulah Sweet appeared first on Mingguan Wanita.




No comments:

Powered by Blogger.