Harry Styles Jalin Hubungan Dengan Model Kiko Mizuhara?
Khabar angin hangat bertebaran mendakwa penyanyi Harry Styles kini sedang berpacaran dengan model berdarah kacukan yang dikenali sebagai Kiko Mizuhara selepas putus cinta dengan model Camille Rowe, Julai lalu.
Bekas ahli kumpulan One Direction itu dikatakan sebelum ini pernah berkunjung ke Tokyo, Jepun semata-mata ingin bertemu buah hatinya itu malah kedua-duanya pun dilihat saling mengikuti di antara satu sama lain di laman Instagram.
Kiko sebelum ini juga pernah dilaporkan bercinta dengan ahli kumpulan K-Pop Big Bang iaitu G-Dragon.
Model peragaan popular ini juga merupakan seorang pereka fesyen yang mana kebanyakan bajunya turut digayakan ramai artis popular K-Pop seperti BlackPink, Brown Eyed Girls, Ga-In dan Sunmi.
Sebelum ini Harry juga pernah dikaitkan bercinta dengan Cara Delevigne, Tess Ward dan Kendall Jenner.
Menyedari namanya kini dikaitkan dengan Harry, Kiko pantas menafikan perkara tersebut menerusi laman Twitternya.
“Saya ada baca cerita yang mengatakan saya bercinta dengan Harry Styles. Ingin saya tegaskan di sini saya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan dia malah kami tidak pernah bertemu langsung. Sekarang ini macam-macam cerita palsu dan ia tidak patut dijadikan ikutan,” tulisnya. – KopiPlanet.com
No comments: