“Dah Kita Dilahirkan Cantik, Nama Pun Khunsa”. Bila Sajat buat #10YearsChallenge
Kalau ada cabaran yang sedang trending maka berlumba-lumba para pengguna IG dan juga Fb nak ikut sama. Artis dan selebriti serta mereka yang famous semua akan turut serta nak ikut trend dan tak mahu ketinggalan.
Ini termasuklah jutawan yang juga instafamous iaitu Nur Sajat. Dengan follower Instagram yang dah mencecah jutaan orang, Sajat sentiasa akan update dan ikut trend terkini.
Yang terbaru pada ketika ini ialah cabaran throwback 10 Years Challenge atau hashtagnya #10YearsChallenge.
Nur Sajat telah muatnaik foto dirinya pada tahun 2009 yang mana ketika itu, dikatakan dia telah menang satu pertandingan diberi nama Miss Kebaya.
Malah menerusi ruangan caption, Sajat juga menyatakan sekali lagi bahawa dia adalah khunsa.
Ini caption dan fotonya:
“Dulu pernah menang miss kebaya 2009… Rasa nya saya masih maintain seperti dulu… Ko rasa senak dengar stament dari I !!! Haahaaa yang penting saya pernah di crown tau!!! Gitew!!! Duduk tengah lagi!! Beauty with brain..
“Walaupun ramai tak mampu terima kecantikan saya dulu dulu!! Dah kita dilahir kan cantik!! Name pun khunsa, kecantikkan tu memang sesuatu lah kan!!!. Jangan sentap pulak siapa yg tengok!! Aku mantain dari dulu, korang yang panas!!! Menyampah I tau
#10challenge #nursajat23 #perempuanfuhh #misskebaya2009
Nur Sajat sebelum ini akui dirinya merupakan seorang khunsa.
Ahli perniagaan ini juga pernah jadi viral baru-baru ini apabila nama sebenarnya telah tersebar ketika di mahkamah.
No comments: