Ahmad Dhani Dipenjarakan, Konsert Dewa 19 Di KL Tetap Diteruskan
Penganjur konsert Dewa 19, Nizra Production menjelaskan Konsert DEWA19 Reunion Live in Malaysia Konsert tetap akan berlangsung seperti yang dijadualkan walaupun ketua kumpulannya, Ahmad Dhani telah dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan, hari ini.
Pengarah urusannya, Nik Iruwan berkata konsert akan tetap berlangsung pada 2 Februari ini dengan kehadiran dua lagi vokalis iaitu Once Mekel dan Ari Lasso.
“Kami ingin memaklumkan bahawa tiada sebarang penundaan atau pembatalan konsert seperti yang digembar-gemburkan.
“Kami berharap peminat yang sudah membeli tiket tidak perlu berasa risau kerana konsert tetap akan berlangsung,” katanya menerusi kenyataan media.
Mahkamah Jakarta Selatan hari ini telah menjatuhkan hukuman tersebut selepas Ahmad Dhani didapati bersalah atas kesalahan menyebarkan kata-kata berunsur kebencian menerusi media sosial miliknya.
Kumpulan yang cukup popular dengan lagu Larut, Pupus dan Laskar Cinta itu dijadualkan mengadakan persembahan pada Sabtu ini di Stadium Malawati, Shah Alam bermula jam 8.30 malam. – KopiPlanet.com
Kredit foto: Detik.com
The post Ahmad Dhani Dipenjarakan, Konsert Dewa 19 Di KL Tetap Diteruskan appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: