Ads Top

“Jangan Hamak Perhatian!” – Rita Rudaini Berang Kejayaan Anak Dikaitkan Dengan Aidil Zafuan

Baru-baru ini, anak kepada pelakon popular Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin mencipta sensasi apabila memecahkan rekod acara 110 meter (m) lari berpagar pada Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026.

Bagaimanapun, pelakon itu dilihat berang apabila ada seorang netizen yang mengaitkan kejayaan berkenaan dengan bekas suaminya, Aidil Zafuan Abd Radzak menerusi akaun media sosial @threads.

 “Tiada kaitan dengan bapa dia! Yang besarkan mereka dari kecil sampai boleh berlari itu aku!

“Jangan hamak perhatian,” tegasnya.

Menerusi posting di @threads itu lagi, netizen berkenaan yang menggunakan nama @uzmaa_wafiya menjelaskan dia sekadar memberi ucapan tahniah pada seorang bapa atas kejayaan anaknya.

Pada masa sama, netizen tersebut juga mendakwa Aidil turut memberi nafkah sebanyak RM3,000 setiap bulan.

Namun begitu, pelakon berkenaan membidas semula kenyataan itu dan beranggapan netizen tersebut seperti mengetahui semua perkara.

“Eh, ko kan acah tau semua. Hutang nafkah tertunggak masih belum habis bayar lagi. Masih sangkut-sangkut.

“Kau tolong bagitau dia. Acah tau sangat betina sial ni,” tegasnya. – KopiPlanet.com

The post “Jangan Hamak Perhatian!” – Rita Rudaini Berang Kejayaan Anak Dikaitkan Dengan Aidil Zafuan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.