Ads Top

Majlis Rumah Terbuka ‘Riang Raya ACGAS 2026’ Berlangsung Meriah Dihadiri 3,000 Tetamu

Sambutan majlis rumah terbuka ‘Riang Raya ACGAS 2026’ yang diadakan baru-baru ini berlangsung dalam suasana yang cukup meriah.

Selain dengan kehadiran 3,000 tetamu, acara berkenaan turut diserikan lagi dengan kemunculan dua orang duta ACGAS iaitu Datuk Rosyam Nor dan Erra Fazira.

“Saya bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk menjadi duta dan umum mengetahui ACGAS adalah sebuah produk silinder LPG yang selamat, ringan dan invotif untuk pasaran di negara ini.

“Untuk majlis ini pula, sekurang-kurangnya ia dapat mendekatkan lagi kami sebagai duta dengan pihak pengedar dan pelanggan ACGAS,” ujarnya.

Selain Rosyam dan Erra, acara berkenaan turut dihadiri Nik Mohd Fareez Nik Ahmad Azman (CEO), Che Mohd Faizul, Che Abdullah (CMO), Mohd Nizam Bin Ismail (COO) dan Datuk Seri Hazani.

Sementara itu, Erra Fazira juga berasa cukup berbangga apabila menjadi sebahagian daripada keluarga ACGAS apabila dipilih menjadi duta.

“Sudah tentu pada majlis ini dapat merapatkan lagi ukhwah serta silaturrahim sesama warga ACGAS pada Aidilfitri dan terharu apabila diberi kepercayaan sebagai duta,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Majlis Rumah Terbuka ‘Riang Raya ACGAS 2026’ Berlangsung Meriah Dihadiri 3,000 Tetamu appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.