Konsert ‘Malam 3 Suara’ Bakal Tampilkan Tiga Penyanyi Hebat Indonesia
Sebuah konsert hebat bakal berlangsung pada 14 Disember 2025 di Idea Live Arena, Kuala Lumpur, menampilkan tiga artis ternama Indonesia iaitu Rizky Febian, Fabio Asher dan Anggi Marito.
Dibawakan buat julung kalinya oleh Strategy X Entertainment Sdn. Bhd, ketiga-tiga bintang ini akan berkongsi pentas di Malaysia dalam sebuah persembahan eksklusif yang dijangka menarik perhatian ribuan peminat, terutamanya peminat Rizky Febian, Fabio Asher & Anggi.
Konsert yang dinamakan ‘Malam 3 Suara’ ini dijangka menjadi acara muzik ikonik yang bukan sahaja memberi pengalaman hiburan bertaraf antarabangsa, tetapi turut memberi peluang kepada peminat di Malaysia untuk menikmati sebuah persembahan yang lebih intim dan membuai perasaan.
“Sesuai dengan namanya, konsert ini merupakan sebuah malam istimewa yang menyatukan tiga penyanyi dengan identiti sendiri. Setiap daripada mereka membawa keunikan suara, karakter muzik serta emosi yang berbeza.”
“Anggi Marito dengan kelembutan dan ketulusan vokalnya, Fabio Asher dengan balada penuh emosi yang menyentuh jiwa dan Rizky Febian dengan pesona serta gaya persembahan yang penuh warna. Apabila tiga elemen ini digabungkan, lahirlah sebuah harmoni yang indah dan saling melengkapi.”
“Malam 3 Suara’ bukan sekadar konsert, tetapi sebuah naratif yang dirangkai melalui muzik. Ia membawa penonton menyelami kisah-kisah cinta, kerinduan, harapan dan kebersamaan seolah-olah menemani perjalanan perasaan setiap insan.”
“Konsert ini dirancang untuk memberikan pengalaman muzik yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga menyentuh hati dan meninggalkan memori yang sukar dilupakan.”
“Inilah maksud dan konsep konsert kali ini, sebuah malam yang meraikan kekuatan tiga suara, tiga jiwa dan satu cerita yang bersatu di pentas untuk penonton,” ulas wakil pihak penganjur.
Pada konsert itu nanti, penonton akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian lebih dua jam. Percayalah, anda akan terbuai dan terpesona dengan kelunakan vokal ketiga-tiga penyanyi hebat ini.
Terbahagi kepada beberapa segmen istimewa, setiap artis mempunyai segmen persembahan solo, di mana mereka membawakan lagu-lagu hits masing-masing.
Selain itu, terdapat juga segmen duet serta persembahan kolaborasi khas yang hanya boleh disaksikan pada malam konsert.
Secara keseluruhannya, penonton akan dihiburkan dengan lebih daripada 20 buah lagu yang dipilih secara teliti bagi memastikan penonton melalui perjalanan emosi yang menepati konsep ‘Malam 3 Suara’.
“Saya amat teruja untuk kembali ke Kuala Lumpur, dan bertemu dengan peminat di Malaysia. Ini adalah sebuah peluang berharga untuk berkongsi muzik saya secara lebih dekat dan mencipta kenangan indah bersama anda semua,” ujar Rizky. – KopiPlanet.com
The post Konsert ‘Malam 3 Suara’ Bakal Tampilkan Tiga Penyanyi Hebat Indonesia appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: