Ads Top

Acara ‘Suria Wow Malaysia’ Janjikan Pengalaman Hiburan, Budaya & Gaya Hidup

Suria FM dengan bangganya mengumumkan penganjuran, ‘Suria Wow Malaysia’,  yang akan berlangsung dari 12 September hingga 16 September 2025 (Jumaat hingga Selasa) bermula seawal 8 pagi hingga 12 malam di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Suria Wow Malaysia merupakan kolaborasi bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bersempena Festival Budaya Malaysia 2025 dan Visit Malaysia 2026. Acara ini menjanjikan pengalaman hiburan, budaya, gaya hidup dan pelbagai aktiviti untuk semua lapisan masyarakat.

Pengunjung bakal menikmati pelbagai aktiviti menarik sepanjang acara, antaranya “Pound Workout”, Kiub Mewarna: Semarak Seni Malaysia, Suria Undiscovered yang menampilkan band-band seperti Voice In Public, Baji, Kugiran Tepi Pantai, Noansa, MXI, Panic Room dan Monoloque.

Kemuncak acara ialah Konsert Suria Wow Malaysia yang bakal menggamatkan pentas dengan persembahan barisan artis popular tanah air seperti Marsha Milan, Noraniza Idris, Amelina, Ara Johari,  Aisha Retno, Santesh, K-Town Clan, Fugo Band, Exists, Amsyar Lee,  dan ramai lagi!

Lebih istimewa, pengunjung juga berpeluang bertemu secara dekat dengan barisan penyampai Suria FM iaitu Ajak, Fad, Cik Piah, Chiwan, Kai, Irsyad, DJ Lin serta duo Suria Wheels  Afiq dan Awien yang akan memeriahkan suasana sepanjang acara. 

Selain persembahan dan sesi interaksi bersama artis serta penyampai, acara ini turut menampilkan pelbagai pertandingan dan aktiviti unik seperti Suria Got Talent di Booth Suria, Pertandingan Tradisional (Tating Lawi & Terompah Gergasi), Lenga Glam Night, Kesuma Kebaya 2025, YOYO LED selain booth pameran serta aktiviti interaktif yang penuh warna-warni yang sesuai untuk seisi keluarga.

Acara ini merupakan salah satu inisiatif Suria FM untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama dunia. Dengan ini kami menjemput semua untuk hadir beramai-ramai ke Taman Tasik Titiwangsa dan merasai kemeriahan Suria Wow Malaysia. – KopiPlanet.com

The post Acara ‘Suria Wow Malaysia’ Janjikan Pengalaman Hiburan, Budaya & Gaya Hidup appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.