Lan Zailan Disahkan Meninggal Dunia Akibat Penyakit Kanser Pankreas
Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pemergiaan pelakon Lan Zailan yang disahkan meninggal dunia awal pagi ini.
Perkara berkenaan telah disahkan oleh Persatuan Seniman Malaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.
“Dukacita dimaklumkan bahawa seorang lagi lagenda permata industri filem dan drama tanah air iaitu Zailan Bin Kamarudin atau lebih popular dengan nama pentasnya Lan Zailan telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 4.15 pagi – 19 Disember 2024 pada usia 66 tahun akibat kanser pankreas.
“Arwah Lan Zailan merupakan seorang pelakon drama dan filem di Malaysia sejak tahun 1980 sehingga kini dan telah berlakon lebih daripada 10 filem dan puluhan drama dan telefilem di Malaysia,” ujar kenyataan tersebut.
Dalam kenyataan itu lagi, jenazah kini berada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) jenazah akan dimandikan di PPUM sekitar jam 8 pagi dan akan dibawa ke Masjid As Salam Puchong Perdana untuk solat jenazah sebelum dijangka dikebumikan Tanah Perkuburan Islam USJ 22 (Masa akan dimakkumkan)
“Seniman amat berdukacita atas pemergian arwah ke negeri abadi namun kita redho atas kehendak ilahi.
“Seniman menyifatkan industri kreatif kehilangan seorang pelakon yang sangat berbakat buat tanah air.
“Kepimpinan tertinggi dan barisan exco Seniman mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah dan kami mendoakan agar arwah ditempatkan disyurga,” ujarnya. – KopiPlanet.com
The post Lan Zailan Disahkan Meninggal Dunia Akibat Penyakit Kanser Pankreas appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: