Dipercayai Miliki Dua Paket Dadah Jenis Ganja, Along Cham Ditahan Reman Selama Lima Hari
Teka-teki mengenai selebriti yang ditahan di kediamannya di Cyberjaya pada petang semalam kerana dipercayai memiliki dua paket dadah jenis ganja akhirnya terjawab apabila selebriti yang dimaksudkan adalah Along Cham.
Perkara berkenaan telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sepang iaitu Asisten Komisioner Norhizam Bahaman seperti dilaporkan Utusan.
Kata Norhizam, Along atau Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41, direman selama lima hari sehingga 19 Disember ini.
Tempoh permohonan reman itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Telok Datok, Kuala Langat, Selangor pada pagi hari ini.
“Permohonan ke atas suspek dibuat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Semalam, media melaporkan seorang selebriti lelaki ditahan bersama dua paket disyaki dadah jenis ganja.
Serbuan yang dilakukan sekitar pukul 3.10 petang itu mendapati hasil ujian saringan air kencing selebriti berusia lingkungan 41 tahun itu positif dadah.
Polis turut menemukan dua paket lutsinar yang setiap satunya mengandungi leraian disyaki daun ganja anggaran berat keseluruhan 60.3 gram.
Suspek tiada rekod lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 39(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara seumur hidup atau tidak kurang daripada lima tahun dan dikenakan tidak kurang 10 sebatan. – KopiPlanet.com
The post Dipercayai Miliki Dua Paket Dadah Jenis Ganja, Along Cham Ditahan Reman Selama Lima Hari appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: