Kembali Bergelar Isteri, Jurutera Jadi Pilihan Ina Naim… Ambil Masa Lebih Sebulan Yakinkan Anak-Anak
Seorang jurutera menawan hati penyanyi Ina Naim selepas sah menjadi isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis ijab kabul di Felcra Sungai Ara hari ini.
Menerusi laporan Utusan Online, Nordiana Mohd. Naim dinikahkan Naib Kadi Daerah Kora Tinggi, Mohamad Ramadhan Mahroji yang mewakil wali bapa Ina, Mohd. Naim Samijan dengan Mohd. Khairul Rizal Shukor kira-kira pada pukul 9.50 pagi tadi.
Ina menerima mas kahwin RM100, kelengkapan solat, seutas gelang tangan dan sebentuk cincin, selain wang hantaran sebanyak RM7,000. Sebanyak lima dulang hantaran diberikan pihak pengantin lelaki dan dibalas tujuh dulang dari pihak Ina.
Majlis pernikahan yang diadakan sederhana itu dihadiri lebih 100 ahli keluarga, saudara-mara, kenalan dan orang kampung.
Dalam pada itu, Ina berkata dia mengambil masa lebih sebulan untuk meyakinkan anak-anaknya untuk bernikah semula.
“Mulanya (anak-anak) agak tidak boleh terima sebab terlalu awal dan mereka tidak boleh ada ganti bapa, namun saya jelaskan, mereka perlu belajar, mereka perlu ada ketua.
“Dalam sebulan dua juga yakinkan anak, Alhamdulillah,” katanya.
Menurutnya, suaminya itu merupakan peminatnya dan juga arwah suami sebelum ini.
Ina bergelar ibu tunggal selepas suaminya, bekas penyanyi kumpulan nasyid In-Team, Allahyarham Suhaimi Saad, 43, meninggal dunia pada 15 November 2023.
Hasil perkahwinn dengan Suhaimi, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony. – KopiPlanet.com
Kredit artikel: Utusan Online
The post Kembali Bergelar Isteri, Jurutera Jadi Pilihan Ina Naim… Ambil Masa Lebih Sebulan Yakinkan Anak-Anak appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: