Ditawarkan Buat Persembahan Nyanyian, Aliff Syukri Letak Harga RM15,000 Untuk Tiga Buah Lagu
Biarpun nyanyiannya sering mendapat kritikan netizen, usahawan selebriti popular, Datuk Seri Aliff Syukri masih menerima undangan untuk membuat persembahan.
Namun begitu, usahawan berkenaan memberitahu dia terpaksa menolak undangan berkenaan atas faktor bayaran yang tidak berbaloi.
“Saya ada dapat tawaran untuk jadi artis undangan dalam sebuah konsert. Saya beritahu terus terang, suara saya terlalu sedap dan bayaran tu tak setimpal.
“Kalau nak panggil saya buat show, rate saya dalam RM15,000 untuk tiga buah lagu. Kalau setakat dapat RM2,000 atau RM3,000, lebih baik saya buat live,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa berlangsungnya acara majlis pelancaran produk beg Anthons Leather! yang berlangsung baru-baru ini.
Sementara itu, Aliff juga memberitahu dia akan turut tampil dengan lakonan menerusi dua buah drama yang akan ditayangkan serta sebuah filem yang masih dalam perbincangan.
Menurut usahawan itu lagi, dia juga ada menolak tawaran lakonan kerana merasakan watak yang tidak bersesuian dengan dirinya.
“Saya ada dapat tawaran melakonkan watak bapa pelacur (bapa ayam). Saya tak nak watak tu sebab takut isteri saya marah. Jujurnya saya solak watak tersebut.
“Ada lagi satu watak tu saya jadi seorang pensyarah. Watak tu agak penting juga, seorang pensyarah yang tegas dan baik untuk menyelamatkan pelajar,” jelasnya. – KopiPlanet.com
The post Ditawarkan Buat Persembahan Nyanyian, Aliff Syukri Letak Harga RM15,000 Untuk Tiga Buah Lagu appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: