Ads Top

Kisah Cinta, Dendam & Air Mata Dalam Drama Di Hatiku Ada Kamu

Viu Malaysia, perkhidmatan penstriman video OTT serantau terkemuka PCCW bersama Global Film Station Sdn Bhd memperkenalkan drama bersiri terbaru adaptasi novel karya Rinsya Chasiani, Di Hatiku Ada Kamu lakonan Hannah Delisha dan Redza Rosli.

Drama 26 episod tentang kisah cinta, dendam dan air mata ini akan mula ditayangkan pada 10 Oktober pada setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.

Dengan arahan Azri Izhar, pengarah yang sebelum ini mencipta fenomena melalui drama Bawah Payung Awan di Viu, drama ini turut menampilkan pelakon-pelakon berbakat seperti Danial Dashuki, Qistina Khaled, Dato’ Sri Eizlan Yusof, Mas Anizan, Husna Mustaffa, Anas Ridzuan, Tiara Suraya, Natasha Roslan, Hazeeq Dean, Mikael Noah, dan Raja Azmi.

Di Hatiku Ada Kamu mengisahkan anak gadis, Rian Aulia yang mula tertarik kepada Adif, seorang lelaki karismatik dengan masa lalu yang berliku dan mempunyai agenda tersendiri.

Walaupun pelbagai rintangan melanda, perasaan mereka yang tidak terungkap membawa mereka ke alam perkahwinan.

Ketika Rian bahagia melayari cintanya terhadap Adif sambil tetap setia kepada keluarganya, dia harus menghadapi kebenaran yang mengejutkan tentang Adif dan membuat keputusan sukar yang bakal menentukan masa depan mereka.

Kisah cinta menyentuh hati ini menyelami kedalaman cinta, pengkhianatan, dan pilihan hidup yang mencabar.

Drama bersiri ini mendapat sokongan daripada Dosz Coffee sebagai Penaja Utama dan disertai oleh Perfume Paradise sebagai Penaja Platinum. Langgan Viu Premium untuk menonton drama Di Hatiku Ada Kamu dan pelbagai lagi rancangan hiburan Asia terbaik tanpa gangguan iklan.

Muat turun aplikasi Viu secara percuma melalui App Store, Google Play, Huawei App Gallery dan TV pintar terpilih, serta laman web www.viu.com. – KopiPlanet.com

The post Kisah Cinta, Dendam & Air Mata Dalam Drama Di Hatiku Ada Kamu appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.