Ads Top

Berjaya Raih Lebih Lapan Juta Undian, Aina Abdul Muncul Pemenang ABPBH 36

Penyanyi popular Aina Abdul akhirnya dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 setelah meraih lebih lapan juta undian.

Lebih istimewa lagi, penyanyi itu berjaya menewaskan beberapa calon pilihan lain seperti Khai Bahar, Senario, Siti Nordiana, Anna Jobling dan KJ.

“Aination! Terima kasih kepada ibu saya, kepada Aination kerana terus mengundi. Anugerah ini untuk anda, terima kasih atas usaha anda setiap malam undi saya.

“Terima kasih kepada Berita Harian dan TV3 kerana beri peluang ini. Terima kasih juga kepada Aina Abdul Entertainment. Satu pesanan ibu saya kepada saya yang tidak akan saya lupa sampai bila-bila ialah ‘dont give, Allah is up’,” ujarnya.

Selain memenangi anugerah utama, Aina turut memenangi kategori Penyanyi Wanita Popular.

Dengan kemenangan tersebut, Aina berjaya membawa pulang trofi dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) tajaan produk kecantikan, CONBOO. – KopiPlanet.com

Senarai Pemenang ABPBH36

Kategori utama

Artis Baharu Lelaki Popular – Shah Radhy

Artis Baharu Wanita Popular – Erysha Emyra

Penyanyi Lelaki Popular – Khai Bahar

Penyanyi Wanita Popular – Aina Abdul

Aktor Filem Popular – Aedy Ashraf

Aktres Filem Popular – Fasha Sandha

Aktor Pembantu Filem Popular – Alif Hadi

Aktres Pembantu Filem Popular – Raja Ema

Aktor TV Popular – Hun Haqeem

Aktres TV Popular – Anna Jobling

Aktor Pembantu TV Popular – Shah Iskandar

Aktres Pembantu TV Popular – Rita Rudaini

Penyampai Radio Popular – KJ

Pengacara TV Popular – Uyaina Arshad

Artis Komedi Popular – Senario

Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular – Dolla

The post Berjaya Raih Lebih Lapan Juta Undian, Aina Abdul Muncul Pemenang ABPBH 36 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.