Ads Top

Hampir Setahun Bergelar Isteri, Nabila Razali Umum Kini Hamil Cahaya Mata Sulung

Penyanyi popular, Nabila Razali menamatkan teka-teki dalam kalangan peminatnya apabila mengumumkan kini sedang hamil anak sulung. dan 

Dijangka akan bersalin pada Januari tahun hadapan, Nabila meluahkan rasa syukur dan teruja dengan kehamilan tersebut.

“Alhamdulillah, saya dan suami sangat bersyukur dengan rezeki ini. Terima kasih atas doa dan sokongan semua. 

“Ini adalah saat yang sangat membahagiakan buat kami, dan kami tidak sabar untuk berkongsi perjalanan ini dengan semua yang sudah menyokong kerjaya dan kehidupan saya,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut penyanyi lagu Peluang Kedua itu, dia masih lagi meneruskan kerjaya seninya yang sudah dirangka sepanjang tahun ini, meskipun sedang hamil.

“Tidak dinafikan sekarang ini cepat penat dan lebih banyak berehat. Sebab sebelum ini bila bekerja, memang susah nak berhenti. Sekarang adalah waktu yang kita rasa nak tidur saja. 

“Namun, saya masih komited dalam bidang seni terutama beberapa kerja yang sudah dirancang lebih awal. Apa pun, saya cuba untuk buat dengan sehabis baik,” ujarnya.

Pada masa sama, Nabila menjelaskan sokongan daripada keluarga, rakan-rakan, dan peminat setia, dia yakin fasa ini akan menjadi satu lagi bab indah dalam kehidupannya.

“Fasa ini sebagai titik permulaan dengan kesyukuran dan kegembiraan, di mana setiap detiknya menjadi satu pengalaman berharga yang pasti akan diabadikan dalam memori kehidupan sebagai satu bab yang penuh keindahan dan pengisian makna. 

“Saya percaya bahawa fasa baharu ini juga menjadi sebuah cerita indah buat saya dan suami. Doakan semoga perjalanan kehamilan saya ini dipermudahkan sehingga bersalin nanti,” katanya.

Berkongsi mengenai keadaan dirinya sepanjang kehamilan ini, Nabila berkata tiada perubahan ketara melainkan selera makan yang kian bertambah.

“Alhamdulillah, saya tidak ada apa-apa keinginan yang melampau dan alahan yang teruk. Hanya yang biasa saja. Kalau ada pun perubahan dari segi tenaga. Tapi, bagi saya ia mungkin perkara biasa bagi wanita hamil. 

“Perkara lain, tentulah banyak makan. Selera makan saya bertambah-tambah. Apa pun, saya mahu nikmati saja perjalanan sepanjang kehamilan ini,” katanya. – KopiPlanet.com

The post Hampir Setahun Bergelar Isteri, Nabila Razali Umum Kini Hamil Cahaya Mata Sulung appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.