Ads Top

Syamsul Yusof Akhirnya Kembali Bertemu Ibu & Bapanya, Turut Kelihatan Bekas Isteri Bergambar Bersama

Setelah agak lama berpatah arang dengan kedua orang tuanya, akhirnya pengarah dan pelakon Syamsul Yusof bertemu ibu bapanya setelah sekian lama tidak pulang bertemu mereka.

Detik paling indah dan bermakna itu telah dikongsi ibu Syamsul iaitu Datin Patimah Ismail menerusi Instastory miliknya.

Menerusi gambar yang dikongsi, kelihatan Syamsul yang memakai jaket hitam dan seluar sukan telah memeluk erat kedua-dua ibu bapanya.

Lebih mencuri perhatian, turut dipaparkan foto bersama bekas isteri Syamsul iaitu pelakon Puteri Sarah Liyana

Syamsul pula mendukung anak perempuannya Sumayyah dan kesemua mereka kelihatan ceria sambil tersenyum.

Sebelum ini, Patimah turut memberi gambaran yang dia bakal bertemu dengan anaknya itu dan ternyata impian tersebut menjadi kenyataan. – KopiPlanet.com

The post Syamsul Yusof Akhirnya Kembali Bertemu Ibu & Bapanya, Turut Kelihatan Bekas Isteri Bergambar Bersama appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.