Ads Top

Seafood Festival 2024 Bakal Himpunkan Penggemar Makanan Laut, Tawar Harga Mampu Milik

Sebuah acara iaitu Seafood Festival 2024 bakal menghimpunkan penggemar-penggemar makanan laut di bawah satu bumbung.

Dibawakan khas oleh FriedChillies bersama Sunway Putra Mall, acara yang akan berlangsung pada 22 dan 23 Jun ini di pusat membeli-belah berkenaan mengumpulkan restoran-restoran, chef-chef dan penggiat makanan yang paling hebat.

Ketua Pegawai Operasi FriedChillies, Mohd Adly Rizal, acara ini diadakan khas untuk mereka yang gemar menikmati makanan, terutamanya hidangan makanan laut.

“Kami sudah mengelolakan pelbagai acara makanan dan ia adalah sesuatu yang menyeronokkan. Sebelum mengelolakan sesuatu acara, terlebih dahulu kami akan mencari tempat-tempat makan yang menarik dan merasai sendiri hidangan yang disediakan.

“Dapat mengumpulkan peniaga makanan dalam sebuah acara dan berkongsi dengan semua kaki makan KL ternyata memberi kepuasan kepada kami. Jadi, sudah tiba masanya untuk makanan laut menjadi tumpuan utama,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran Seafood Festival 2024 yang berlangsung semalam.

Ujar Adly, pengunjung yang hadir pada acara berkenaan akan dapat menikmati pelbagai hidangan makanan laut seperti tiram segar dan sashimi yang menyelerakan, keenakan fish and chips yang garing serta ikan bakar yang menjilat jari serta banyak lagi.

Jelasnya, apa yang lebih istimewa lagi, makanan yang disajikan kepada pengunjung juga dijual dengan harga yang mampu milik dan berpatutan.

“Saya boleh katakan semasa acara ini berlangsung selama dua hari, makanan-makanan akan dijual dengan harga ‘mampu milik’.

“Jadi, saya berharap agar pengunjung yang datang ke pesta ini boleh menikmati juadah-juadah yang dihidangkan oleh pakar-pakar seafood tanah air,” katanya.

Sementara itu, Senior General Manager Sunway Putra Mall, Danny Lee berkata, pihaknya teruja untuk mengadakan acara ini selepas Nasi Kandaq Fest mendapat sambutan baik tahun lalu.

“Acara tahun lalu telah mendapat sambutan yang sungguh hebat, kami ingin menganjurkan lebih banyak acara makanan di sini. Kami memang mengolah pusat membeli belah kami sebagai tempat untuk bersantai, berkumpul dan mencuba sesuatu yang baru.

“Lokasinya yang dekat dengan stesen pengangkutan awam dan juga servis e-hailing membuatkan ia sebagai satu tempat yang sesuai untuk kawan-kawan dan ahli-ahli keluarga berkumpul dan bersukaria di acara pesta makanan ini,” ujarnya.

Menurut beliau, semasa acara ini berlangsung, sebanyak 15 gerai akan berada di perkarangan luar  yang menghidangkan seafood extravaganza dan pengunjung boleh makan dalam ruang legar pusat membeli belah yang berhawa dingin dan disediakan khas.

Antarab gerai makanan laut yang dibuka adalah seperti Penang Oyster Park, Kingu Kongu, MRos, Ombak Kitchen, Grill Haven, Ikan Bakar Bellamy, Crispy Chippy, Cwtch Fish and Chips, Top Catch, Bolok Troops dan Sushika!

Ada di antara vendor yang akan menyediakan ‘tasting menu’ supaya pengunjung boleh rasa lebih banyak hidangan seafood dengan harga yang berbaloi. Bagi pengunjung yang hadir dengan pakaian santai di tepi pantai, mereka boleh menyertai pertandingan foto yang bertemakan ‘beach’!

Suasana pesta ini juga akan dimeriahkan lagi dengan pertandingan makan Man vs Food, persembahan ‘live’ dan demo seafood chowder serta cubaan rasa percuma oleh Chef Bob Adnin selaku chef untuk Ombak Kitchen.

Pengunjung pesta juga boleh menikmati promosi-promosi kudapan, dessert dan minuman yang akan disediakan oleh kedai-kedai di Sunway Putra dan banyak lagi. Apa tunggu lagi, jangan lupa kunjungi Seafood Festival 2024 pada hujung minggu ini, 22 dan 23 Jun 2024 di Sunway Putra Mall! – KopiPlanet.com

The post Seafood Festival 2024 Bakal Himpunkan Penggemar Makanan Laut, Tawar Harga Mampu Milik appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.