Ads Top

Mimi Lana Menangis Seminggu Gara-Gara Kena Potong Rambut Pendek

Pelakon popular, Mimi Lana mendedahkan dia pernah menangis seminggu kerana tidak dapat menerima hakikat dia berambut pendek.

Mimi berkata, dia perlu memotong rambutnya sehingga pendek adalah untuk menjayakan watak yang dibawakannya dalam filem The Experts.

“Untuk berlakon dalam filem ini, saya diminta untuk memotong rambut pendek. Pada peringkat awal, memang saya tak dapat nak terima dengan penampilan sebegini sampai seminggu saya menangis.

“Mungkin selama ini saya tak pernah berambut pendek dan lebih selesa berambut panjang. Namun, lama-kelamaan saya dah boleh terima,” ujarnya.

Mimi berkata demikian ketika ditemui semasa Majlis Tayangan Perdana filem The Experts yang berlangsung pada minggu lalu.

Ketika ditanya sama ada dia bersedia lagi untuk memotong rambut untuk berlakon, Mimi memaklumkan semuanya bergantung kepada tawaran.

“Pertama sekali kena juga tengok tawaran yang diterima itu berbaloi atau tidak. Selain itu, jalan cerita juga perlu dipertimbangkan jika perlu mengikut kehendak skrip.

“Misalnya, kalau dalam skrip menutut penampilan saya perlu berambut pendek, saya akan akan terima. Apapun tengok kepada kesesuain watak juga,” jelasnya.

Sementara itu, filem The Experts bergenre aksi heist terbitan Astro Shaw bersama ZAK Capital dan TGV Pictures bakal menemui penonton bermula Khamis ini di pawagam seluruh negara.

Selain Mimi, filem berkenaan turut dibintangi Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Maya Karin, Remy Ishak, Ray Dap Dap dan ramai lagi. – KopiPlanet.com

The post Mimi Lana Menangis Seminggu Gara-Gara Kena Potong Rambut Pendek appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.