Ads Top

Gara-Gara Disangka Curang, Yusof Haslam Dedah Isterinya Pernah Melarikan Diri Selama Sebulan

Baru-baru ini, penerbit popular Datuk Dr. Yusof Haslam dan isterinya, Datin Patimah Ismail baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-41.

Bagaimanapun, dalam satu pertemuan, penerbit berkenaan turut mendedahkan mengenai kisah isterinya yang pernah melarikan diri selama sebulan gara-gara disangka curang.

“Isteri saya merajuk sebab salah sangka, dia menghilang ketika kami baru sahaja berpindah rumah. Dekat sebulan datin menghilangkan diri dan saya tak tau dia ke mana. Masa tu Syamsul baru tingkatan dua, Syafiq pula baru berusia tujuh tahun.

“Ayah mentua saya pun bagus, berusaha untuk mencari isteri saya. Entah macam mana dia boleh tahu kat mana isteri saya, dia pujuk datin untuk balik. Jadi, saya pun pujuk juga,” ujarnya.

Jelas beliau, apa yang cukup merisaukan dirinya apabila kejadian berkenaan berlaku saat-saat filem Gerak Khas The Movie akan ditayangkan di pawagam.

Bagaimapun, dia bersyukur kerana filem tersebut mendapat sambutan penonton dan dia yakin semuanya berkat daripada dirinya yang tidak berlaku curang dengan isterinya.

“Kalau nak ikutkan sesi memujuk ni ambil masa bertahun juga… kejap ok, kejap tidak. Cuma ayah dan ibu mentua ada berpesan kepada isteri… dia berkahwin dengan orang filem dan akan sentiasa berdampingan dengan artis,” ujarnya.

Dalam pada itu Patimah pula mendedahkan sepanjang sebulan dia menghilangkan diri, dia pergi menuntut ilmu agama di sebuah sekolah pondok.

“Saya pergi belajar di sekolah pondok di Pokok Sena, Kedah. Saya tekad nak belajar agama. Banyak pengajaran yang saya terima kat sana.

“Semasa saya merajuk tu, pengajaran yang paling biasa saya dapat apabila ustaz-ustaz yang saya belajar tu, semuanya mempunyai lebih daripada seorang isteri. Saya ni pula suami baru kena gosip, saya dah lari,” ujarnya.

The post Gara-Gara Disangka Curang, Yusof Haslam Dedah Isterinya Pernah Melarikan Diri Selama Sebulan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.