DJ Lin Terus Dapat Pengiktirafan… Dinobat Penyampai Radio Paling Dipercayai Di Malaysia
Ikon penyampai radio, DJ Lin terus relevan sebagai antara yang terbaik dalam industri tempatan apabila sekali lagi diberikan pengiktirafan sebagai ‘Penyampai Radio Paling Dipercayai di Malaysia.
Kejayaan itu diraih kali keempat berturut- turut bagi anugerah Reader’s Digest Trusted Brands 2024 yang berlangsung baru-baru ini.
Meskipun tidak dapat hadir pada majlis penganugerahan kerana sedang menunaikan ibadah Umrah, DJ Lin tetap merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepadanya sehingga kini.
“Terima kasih kepada keluarga, peminat, rakan media, team Suria FM dan pengurusan Star Media Group Berhad di atas sokongan yang tidak berbelah bagi buat saya sepanjang menjadi penyampai radio sejak tahun 1999 sehingga kini.
“Juga, sekalung penghargaan kepada rakyat Malaysia yang mengundi dan sekali lagi memilih saya sebagai penerima anugerah yang berprestij ini.
“Pengiktirafan ini sememangnya akan menjadi penguat semangat dan inspirasi buat saya untuk terus memberikan komitmen yang padu terhadap jenama Suria dan industri radio Malaysia,” katanya.
Mengulas lanjut, penyampai slot Suria Cinta di Suria FM berkata, anugerah itu merupakan hasil dari kajian bebas yang dilakukan oleh agensi penyelidikan pasaran terkemuka, Catalyst Research dengan keputusan yang diterbitkan secara eksklusif dalam majalah Reader’s Digest Malaysia.
Kajian ini melibatkan 2000 sampel individu dari pelbagai lapisan masyarakat Malaysia bagi menunjukkan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap jenama, produk, dan personaliti yang yang paling dipercayai oleh mereka yang mempunyai lebih dari 45 kategori yang berbeza.
Tambah DJ Lin, kejayaan itu juga pemangkin untuk dirinya terus memberikan yang terbaik sebagai penyampai radio serta menguruskan stesen Suria FM menjadi pilihan peminat. – KopiPlanet.com
The post DJ Lin Terus Dapat Pengiktirafan… Dinobat Penyampai Radio Paling Dipercayai Di Malaysia appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: