Anggap Tahun 2024 Paling ‘Suwey’ Buat Dirinya, Aliff Syukri Umum Mahu Berhenti Menyanyi
Usahawan selebriti popular, Datuk Seri Aliff Syukri menganggap tahun 2024 adalah merupakan tahun yang paling ‘suwey’ buat dirinya.
Sehubungan itu, usahawan berkenaan memaklumkan dia telah membuat keputusan untuk tidak lagi penyanyi pada masa akan datang.
“Umur saya pun dah nak masuk 40 tahun. Selama ini setiap gerak geri saya akan mendapat kritikan netizen. Malah, kes saya baru-baru ini juga masih dalam siasatan.
“Ia sedikit sebanyak memberi tekanan dan penyesalan kepada saya. Jadi, saya tarik diri daripada terus dan reda. Tahun ini adalah tahun paling ‘suwey’ (malang),” luahnya.
Aliff berkata demikian kepada pihak media ketika ditemui semasa majlis rumah terbuka Aidilfitri yang dianjurkannya semalam.
Pada masa sama, usahawan itu juga menyatakan dirinya sudah putus asa untuk menyanyi dan mahu memberi peluang kepada bakat-bakat baharu atau BBNU.
Luahnya, apa yang berlaku terhadap dirinya, termasuk pelbagai kontroversi yang melanda turut memberi cabaran buat dirinya sehingga emosinya tercalar.
“Sekarang ini bagilah peluang kepada BBNU untuk naik dan cipta nama. Cuma, kalau saya dah tak ada lagu lepas ni, janganlah pula lupakan saya.
“Secara jujurnya saya memang dah putus asa. Sehinggakan saya sampai bergaduh dengan isteri gara-gara kontroversi dan itu semua bukanlah gimik,” ujarnya.
Baru-baru ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakam percakapan beliau di Ibu Pejabat SKMM di Cyberjaya.
Ia berikutan aduan yang diterima oleh SKMM berhubung kandungan video teaser Hari Raya yang dimuat naik usahawan kosmetik berkenaan sehingga mendapat kecaman netizen. – KopiPlanet.com
The post Anggap Tahun 2024 Paling ‘Suwey’ Buat Dirinya, Aliff Syukri Umum Mahu Berhenti Menyanyi appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: