Ads Top

Puteri Sarah Nafi Dakwaan Dirinya Berikan Sebiji Kek & Sejambak Bunga Kepada Bekas Suami Sebagai Tanda Minta Maaf

Baru-baru ini terdapat satu posting di media sosial yang mendakwa bahawa pelakon Puteri Sarah telah memberikan sebiji kek dan sejambak bunga kepada bekas suaminya, Syamsul Yusof sebagai tanda minta maaf.

Bagaimanapun, perkara tersebut telah dinafikan sekeras-kerasnya oleh Puteri Sarah sambil menyatakan ia adalah pemberian untuk ibu dan bapa mentuanya.

“Dan warga Facebook pun mulalah komen kata sarah ni macam-macam. Eh hello, lambat lagi.

“Flowers and cakes tu untuk @patimah8057 dan @dyhaslam. Tolonglah jangan buat gosip murahan sebab warga Facebook ni aneh-aneh,” tegasnya.

Sebelum ini, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof sah bercerai talak satu pada bulan Jun lalu setelah mendirikan rumah tangga pada Mac 2014.

Sepanjang sembilan tahun perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. – KopiPlanet.com

The post Puteri Sarah Nafi Dakwaan Dirinya Berikan Sebiji Kek & Sejambak Bunga Kepada Bekas Suami Sebagai Tanda Minta Maaf appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.