53,000 Peminat Banjiri Stadium Nasional Bukit Jalil Sempena Konsert Muse : Will Of The People World Tour 2023
Konsert Muse: Will Of The People World Tour 2023 yang berlangsung Sabtu lalu menyaksikan seramai 53,000 peminat band dari England itu membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil.
Meskipun bermula agak lewat selama satu jam, namun ia tidak mematahkan semangat peminat untuk terus setia menonton aksi band yang dianggotai Matt Bellamy, Chris Wolstenholme dan Dominic Howar anjuran Hello Universe mempersembahkan lagu-lagu hits mereka.
Antara lagu-lagu yang dipersembakan adalah seperti Uprising, Hysteria, Supermassive Black Hole, Starlight, Our Time Is Running Out dan banyak lagi.
Meskipun tidak banyak berinteraksi, namun Matt selaku vokalis band berkenaan sempat menyebut beberapa frasa Bahasa Melayu seperti ‘Selamat Petang’ serta ucapan ‘Terima Kasih’ berkali-kali sebagai tanda penghargaan buat peminat yang memberikan sokongan.
Lebih istimewa lagi, persembahan yang berlangsung hampir dua jam itu ternyata cukup sempurna tanpa sebarang kontroversi dan penuh memori nostalgia band yang diasaskan tahun 1994 itu.
Apa yang menariknya apabila Malaysia menjadi satu-satunya negara di Asia yang menjadi pilihan Muse untuk mengadakan persembahan sempena jelajah dunia Will Of The People World Tour 2023.
Ini merupakan kali kedua band berkenaan beraksi di Malaysia setelah kali pertama pada tahun 2007 dalam konsert yang berlangsung di Stadium Negara. – KopiPlanet.com
Kredit Foto: Echolalia Pictures
The post 53,000 Peminat Banjiri Stadium Nasional Bukit Jalil Sempena Konsert Muse : Will Of The People World Tour 2023 appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: