Mahu Bela Nasib Rakyat, Baby Shima Umum Mahu Bertanding Dalam PRN
Penyanyi dangdut popular, Baby Shima memaklumkan bahawa dia berhasrat untuk bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) yang akan berlangsung pada 12 Ogos ini.
Dalam satu perkongsian video di Instagram, Baby Shima berkata, antara sebab dia mahu bertanding dalam PRN adalah untuk membela nasib rakyat.
“Assalamualaikum rakyat Malaysia, dengan ini saya ingin mengumumkan yang saya akan bertanding PRN ini untuk berkhidmat dan membela rakyat.
“Ingat, kamu (pengundi) bawa perubahan (kepada negara). Fikir-fikirkan lah anak muda,” katanya.
Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Nor Ashima Ramli tidak memaklumkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta parti mana yang akan diwakilinya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 5 Julai lalu menetapkan PRN di enam negeri diadakan serentak dengan 12 Ogos ini sebagai hari pengundian manakala 29 Julai sebagai hari penamaan calon.
Sementara itu, hari pengundian awal ialah pada 8 Ogos ini. – KopiPlanet.com
The post Mahu Bela Nasib Rakyat, Baby Shima Umum Mahu Bertanding Dalam PRN appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: