Ads Top

Akibat Terlalu Demand Awie Tak Jadi Ambil Influencer Berlakon Filem Sue-On

Pelakon, penyanyi dan penerbit popular, Datuk Awie mendedahkan dia tidak jadi mengambil seorang influencer untuk berlakon dalam filem pertama terbitannya, Sue-On.

Tidak mendedahkan nama influencers berkenaan, Awie berkata, perkara tersebut terpaksa dilakukan memandangkan sikap individu itu yang bertindak terlalu demand.

“Kalau diikutkan watak Erra Fazira dalam filem ini, sepatutnya ada seorang influencer yang akan membuat kemunculan.

“Cuma dengan sikap dia yang demand terlalu tinggi membuatkan kami terpaksa tolak dan menggantikan dengan Erra,” ujarnya.

Awie berkata demikian ketika ditemui semasa Majlis Tayangan Perdana Filem Sue-On yang berlangsung baru-baru ini.

Menurut Awie, setelah tidak jadi mengambil influencer berkenaan, pihaknya telah memilih Erra Fazira untuk tampil dalam filem tersebut.

Malah, dia gembira dengan hanya satu panggilan sahaja Erra lantas bersetuju, meskipun hanya tampil sebagai cameo sahaja.

“Kalau nak ikutkan watak Erra dalam filem ini bukan besar, tetapi apabila dibawa seorang pelakon yang profesional, ia memberikan impak yang tersendiri,” ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya tentang sama ada dia kesal dengan tindakan influencer itu yang bersikap terlalu demand, Awie menyatakan dia sendiri tidak kisah.

“Mungkin zaman sekarang ni mereka rasa popular dalam media sosial. Cuma, tak semestinya mereka boleh tarik penonton datang  menonton ke panggung,” ujarnya.

Akan ditayangkan pada 6 Julai ini, Sue-On  merupakan filem pertama terbitan Awie di bawah syarikat Rumah Produksi Merah. – KopiPlanet.com

The post Akibat Terlalu Demand, Awie Tak Jadi Ambil Influencer Berlakon Filem Sue-On appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.